Ramadhan baby.

Alhamdulillah. 

8 July 2015 4:45 pm selamat aku melahirkan seorang lagi baby boy, but this time secara normal. 

Untuk baby kali ni, check up merunsingkan sedikit, dengan masalah berat badan dia yang suka syok sendiri tak match2 ngan age dia. Minggu 38 mama dia terpaksa la stop puasa, bila berat n size dia static. Minggu 38 tu baru je jumaat lepas, doc kata baby tak engage, high position. Hem hampa dah kat situ, takot jadi cam enish, sampai minggu 40 pon high position, no contraction, no show and all, so end up elective csec.

Dulu masa enish, kalau pas semayang, aku xpernah doa aku nak beranak normal ke czer ke, sebab normal tu aku takot sangat, czer tu cam tdetik dalam hati, kan tak sakit. Tuhan kan Maha mendengar, ko terdetik pon dia dengar. Czer la ko menjawabnye.

Kali ni, aku betol2 nak normal. Sebab aku xnak lagi badan ni kena bukak2, nak kena jaga luka czer, takot czer kali ni akan lebih sakit, camne nak jaga 2 anak. N czer tak boleh bengkong, tungku, urut perot n all. Mak nak masok kan pusat mak yg terjojol ini. Lol. Pastu hello , klw kali ni czer, nanti yg 3rd kena czer lagi ke. Pastu itu je ke anak Suhaida. 

So bulan puasa n dari awal pregnancy, aku doa aku nak normal normal normal delivery. Semoga mudah, semoga tiada komplikasi, baby sihat aku sihat. Tanpa czer, tanpa vacuum, forcep, induce & sbg. (Take note). Mudah mudah mudahkan Ya Allah. 

Doc kata masa minggu 38 ,xengage, macam susah nak normal, sebab baby tinggi, tp dia kata xpe tengok minggu 39, kalau tinggi lagi, cam sama je la end up ngan enish.

So aku doa doa doa, plz baby naik berat badan sikit, jangan static, mama ada seminggu nak jumpa doctor, please engage, n Tuhan biar la aku beranak before raya, aku xnak susah kan family yang xtau nak raya kat mana sebab nak tunggu aku beranak, perlu standby jaga aku, suami kat laut. Banyak orang aku perlu susahkan. Tolong la beranak before raya. Tolong la before week 39 baby engage.

So hari selasa, masok toilet eh ada brown discharge masa kol 11 pagi. Masa nak zohor, cek lagi makin banyak. Kol 3pm kita pergi la jumpa HOD gynae hosp kita yang baik sangat tu, cam muah2 sangat. Tunjuk pad kat dia, tunjuk underwear kat dia, dia kata yes tu mmg process labor la. Symptoms lain aku rasa nak berak, tp xberak pon bila cuba. Oh itu pon sama lah. So dia kata pangkal rahim da lembut, bukak 1cm. Dia kata 1cm tu nak bukak jadi 3cm ke apa boleh amek days, yang dia pon xboleh nak janji & jangka. So just tunggu air ketuban pecah, ada contraction, baru la g spital semula.

So aku relax je lah. Rasa cam lambat lagi la gini. Husband pon flight dapat 6 petang esok. Doc kata xpe la xyah rush. Sempat sangat. Tp mama ayah teros gerak dari Kluang. Magrib sampai rumah. Mak unggal pon dari Gombak datang malam tu kol 11. Aku cakap ngan mak unggal, xyah la teman ida malam ni, lambat lagi ni, skang ni ida nak berak2 je, sian plak tunggu2, esok pon ida nak g jalan2 ngan mama kasi turun baby ni. (Ajak ayah g ikea, ayah xnak, takot terberanak, mama ajak g metro point je, yang depan hosp kajang, baik aku g kerja je, HAHA) .So kol 12.30 mak unggal balik Gombak semula pas supper ngan kitorang.

Kita pon nak tido lah. Mat enish cam biasa xreti tdo, kita panggil ayed teman dia atas katil tgk ipad. I is nak tdo. Dengan rasa nak berak la kencing lah. Ishh xtahan la, nak bangun g toilet la. Sekali bunyii POOOOP. "Eh ayed, ko dengar x, bunyi poop" dalam kepala aku apa yg patah dalam perot aku ni, tangan baby ke tulang baby ke ni. (Suhaida kot, mmg gitu). Ayed cam "xde pon". Ok la gerak turun katil. Sekali oh makk kauuu air cam paip bocorrr cam segala isi perot akan keluar kat lantai. Woossshh wooisshh wossh. Menjerit la akuuuu panggil mama ayah. Lintang pukang diorg lari. Danish pon lari kat mama aku, takot dengar aku jerit. So bekejar la pergi brittania, so midwife tu check "jalan close, position high" as at 3am. Ye la dia pecah je. Mmg xde contraction pon melainkan rasa nak berak yg nikmat2 gitu.

Tapi pastu every 1 in 10 minutes, kadang 7 minutes sampai subuh dia contract cam sembelit tu, tp xcukup kuat utk kata nak beranak lah, masih ok. Mak unggal tukang urut belakang. Ni lah Tuhan gantikan Oko dengan Mak Unggal yang sangat aku sayang ni. Dia pon xtdo teman aku urut aku. Kira kan every bape minute.

So pagi da xbape nak contract sangat, baby rilex. Boleh la aku lelap jap. Dr Tan jumpa jap pagi, dia kata xmo wat VE kerap2, unless contraction aku da kuat kerap n lama, baru diorg akan wat VE. Sebab da leaking kan. Dia xnak introduce infection. Dia bagi masa 24 jam dari air ketuban pecah tu. Klw xde progress. 6 pagi esok nye czer. Dia akan tolong induce kalau ada bukaan 5-6cm, kalau xde bukaan cannot induce.

Kol 2 dia datang balik, buat VE lah, so bukaan 2cm. So nurse2 cakap, hem lama jugak 12 jam pecah ketuban baru 2cm, baby pon very high position. Heemmm. 

Tp pastu contraction aku makin kuat lah. Yang aku da xtahan. Aku pk weeyh sampai bila nak tahan camni, sampai malam nanti every 5 mins ke nak kena tahan. Mak unggal soh tarik nafas, jangan nangis, sebut Allahhuakbar, zikir zikir. Ingat Allah. Mula2 boleh lagi la. Lama2 aku da nanges. Sakit sakit. Bape lama lagi ni. Ida nak epidural. Ye la. Setiap 5 minit kuat gitu kan. Kol 3 cakap ngan nurse. Xtahan laaah. Sabar, dia nak bukak tu dari 2cm. Nak jalan nak bagi turun pon kepala baby aku xleyh dah. 

Oh tapi before doc balik kol 2.30 tu siap jumpa doc semula, konon la nak tanya dia rasa aku patot tunggu x, berbaloi tak aku tunggu, kalau tahan2 sakit, baby xnak turun jugak, czer je la. (Nampak x ilang semangat nak normal, sbb sakit sangat). 

Aku ingat doc nak kata " saya da kata awak susah nak normal, baby awak tinggi, awak nak czer now saya boleh czer. " 

Oh tak upenye dia kata ," cuba laa, ni la proses labor, mmg sakit, u xcuba u xtau, bolehh malam ni mesti dia keluar, da lembut da tu, sakit tu sebab dia nak bukak jalan, xpee nanti dia da bukak jalan, baby akan turun, malam nanti kalau xboleh jugak 12 malam pon i boleh czer you" (Memandai je aku nak czer, padahal somi soh cuba normal)

Dalam kol 4 tu aku panggil nurse. Soh check jugak da bape cm. sebab aku nak epidural. Snurse kata "xboleh epi, epi kena tunggu 5-6cm". Tapii saya xtahaaan da macamnii. Dia pon cek. Da 6 cm. dalam masa 2 jam dari 2cm boleh teros pergi 6cm. Ok good good i can hv my epi now! 

So snurse tolak pergi labour room, call dr tan n pakar bius, masa dia setup2 tu aku still kena tahan sakit contraction tu kan. 

Snurse kata "awak sure ke awak nak epi, ni da 8cm ni , awak ada minom air selusuh ke" mana plak selusuh aku dpt. Oh pastu dia kuar kan air kencing aku yg banyak tu, sebab klw pundi kencing penoh, baby susah nak lalu.

Dr tan sampai pon kata oo xsempat epi, induce pon xyah sebab baby da kat bawah, tinggal push je. Dr bius pon sampai, turun balik sebab xperlu.

Aku cam weyhh apa ni nak push dengan sangat raw xde bius xde apa. So matron florence (ex matron hosp kajang) ganti tempat suami aku , utk aku pegang tangan, bagi semangat. 

1st push xberjaya , sebab aku teran n tarik nafas, so baby keluar masok balik. So tunggu lagi 1 sakit, pussssh pushhhh pushhhhhh , voooshhh kuar baby. Alhamdulillah. Kuasa Tuhan. 

Bersemangat team2 dalam tu bersorak bagi semangat. So sebenarne yang sakit time dia contract2 tu. Hadoi makk. Masa push tu sedap2 je, cam ko keluar kau skang! Haha. 

Sampai skang, macam terfikir2 lagi. Doa aku yang sebijik2 tu mmg dapat. (kecuali mintak somi ada tu, xdpt ler, mungkin sbb da set klw dia xde aku nak drama xnak bagi tgk anak, tp bila dia pergi gak kerja, aku da redha kan je, n be positive).

Betapa Tuhan tu Maha mendengar, Maha penyayang, Maha mengasihani dan segala puji hanya untuk Allah.

Terima kasih kerana mendengar segala rintihanku, permintaanku, memudahkan segala urusankan, Dia yang memberi ujian, dan Dia juga lah yang memudahkan segalanya.

Walaupun suami tiada disisi ketika saat-saat kritikal, Tuhan ganti dengan orang lain yang tinggi sifat kasih sayangnya. Mama, ayah, Makunggal & family, ex matron n sister hosp kajang yg kerja kat brittania ni, Dr Tan yg sangat best. 

---------------------------------

*Upenye Noah pon terbelit tali pusat gak cam Enish. Dalam scan xde plak. Mungkin baru terbelit kot after last check up.

*Muka Noah jantan sikit dari Enish. Enish mat Jambu. Lips je la jongket cam mak dia ni. Apa2 pon sihat walafiat pon cukup untuk mama. 

*papa baru sampai semalam kol 11 malam. Duit jimat epidural & cost czer tu boleh la ganti beli handbag.

*sampai skang xcite lagi full experience kat husband. Sape soh xde. (Xpe i sikit pon da xmarah, masa pegnen je marah & ada rasa benci sikit dgn ur decision, tp pk positive, awak xnak susahkan orang lain ganti tempat awak, saya pon pk org tu pon ada family nak balik puasa & raya ngan familiy dia, mana2 je la yg terbaik utk awak, i got my family, s okay)

*Takot nak ngandong lagi. Ui sakit 2 jam gitu pon xsanggup. Cane la kalau yang sakit berjam2 gitu masih xbukak2. Kena tunggu sampai malam ngan sakit gitu ke kan. 

* kalau czer mesti tengah terdampar atas katil, normal, back to normal la idop ni. Settle situ je ah. Syukur. 

*walaupun mama kita lemah semangat, tak ada selalu ngan kita masa kita sakit bersalin kat hospital, rupanya dia berdoa menangis2 kat umah mintak dipermudahkan, tak sakit lama, selesai doa, dia datang hospital, saya pon ditolak ke labour room. Thanks mama. I love you so much. Doa ibu itu makbul. 

------------------
Timeline

7 July 2015, 

5am - bermula rasa nak berak.

11am - brown discharge

8 July 2015

2.30 am - Pecah ketuban, tiada bukaan, high position.

3 am-7am - contraction 1 in 7 minutes. Biasa2 je sakit tahap sembelit.

2 pm - bukak 2cm. Baby high position

3pm- 4pm - start contract yg sangat kerap & kuat.

4pm- bukak 6cm, tolak labour room.

4:15pm- bukak 8cm

4:45 - beranak sudah. Tak sempat induce , xsempat epidural. 

ALHAMDULILLAH














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Ramadhan baby."

  1. jabahrizahnow says:
    March 6, 2022 at 12:23 AM

    Black Titanium Ring for sale by Net Gaming | TITAN ODDS
    Black titanium ring titanium nose rings is a ceramic ring made in a chrome titanium curling iron finish. It has a smooth ti 89 titanium calculator handle titanium ingot and ridge titanium wallet is perfect for your home or office. Rating: 4.4 · ‎2,400 votes

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates