Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Delivery day.


Assalamualaikum.

Meet my baby, everyone! :)

Seperti yang ditentukan Allah, Muhammad Danish bin Mohd Syukor telah ku lahirkan di Brittania Mother & Children Specialist Centre, Kajang, Selangor pada 1st Nov 2013, pada jam 7.22 am, Friday, dengan berat badan 3.12 kg melalui elective caesarean.

Pada hari Isnin, i called up Brittania nak book date caesar, which i chose 1st Nov 2013. So i need to come on thursday untuk ambil darah for cross match incase ada kehilangan darah masa operation nanti. And, i jumpa doctor dulu before ambil darah, last check samada baby da engage belom, kalau dah engage, i tak nak lah caesar, boleh lah pilih induce kan. Tapi memang tak engage pon. So proceed untuk caesarean pada 1st Nov. So, saya kena datang pukul 6 pagi, 7 pagi nak caesar.

Masa hari Isnin yang after i book tu, malam tu I macam moody je. Senyap je. sebab tak tau nak fikir apa. So, i baca blog orang, pengalaman orang. Ada yang kata masuk tube kencing tu sakit gila boleh menangis. I memang nak ready mentally apa yang sakit supaya i tak terkejut. So, i fikir ok masuk tube kencing and insert branula sakit.  Malam tu sebelom tido eh nangis pulak kat husband, takot, da pujuk ngan kata semangat dia, tidur la dengan tenang sampai ke malam operation masih kekal kental tak fikir apa. Everything will be fine. Pukul 12 malam da kena puasa air and makanan.

Pagi Jumaat, the operation day bila sampai je, pilih bilik, upgrade dari 4 bedded room ke single bedded room tambah rm 60 je satu malam. Then dia bagi baju suruh tukar, lepastu staff nurse masuk untuk insert urine catheter tu. Kaki ni gigil. keraskan kaki, staff nurse kata 'suhaida jgn mcm ni awak buat keras tak relax lagi sakit susah nak masuk, tak sakit mungkin pedih sikit je'. So dia pun masukkan, weyh tak sakit pon weyh, dia masukkan tube getah je pon, bukan benda keras, cuma lepas tu kita rasa cam nak terkencing, tu je lah. 

Patient's bed and guest bed-single, for husband.

Husband penguat semangat ku. Sebelah tu gown operation saya.
Pastu since memang dah menggigil. menggigil je la sampai ditolak atas wheelchair ke atas katil operation. Husband boleh masuk, dia pun tukar gown biru tu. duduk sebelah kanan saya pegang tangan. Sebelum tu GA (doktor bius) set up drip, tak sakit pon. Daaa~ Pastu duduk membongkok peluk bantal, GA tu inject local anaesthatic and epidural kat tulang belakang, pun tak sakit, cuma menggigil sejuk sangat, mintak husband turun ambik stokin dalam kereta.

Operation theater. The GA & staff nurse.
Lepastu dr. Tan pun sampai. Dia explain-explain sikit, pastu swab my belly. Pastu test ubat tengok da berkesan belom. sikit-sikit ubat tu jalan sampai kaki kebas tahap tak boleh angkat. tapi kaki kiri saya tak macam kanan , dia masih ringan . So, adjust lagi dose, dia test dengan pengepit dia, sakit tak, sakit tak, huwaaa, kanan tak rasa, kiri rasa.. Adjust dose, senget kan katil, tinggi kan belah kanan, bagi ubat mengalir ke kiri, pastu test lagi ' sakit tak sakit tak, dari 1-10, kalau tadi 10 now you nak bg score berapa?.' aku pon bagi la 3, dia kata ok ok. Aku cam cuakk hoii jangan la start lagi, camne kalau ko belah aku boleh rasa. cuak part situ la. 

So bermula la operation dengan pesakit yang anxious ni, meleleh-leleh air mata cuak. Staff nurse suruh selawat banyak-banyak. dr kata sakit you takkan rasa tapi nanti i tekan-tekan you akan rasa. so, bermula lah, husband kata mula-mula dia tebuk terpancut darah, pastu dia terus tekan perut, untuk kasi kepala baby pop out dari tempat jahitan tu. Diorang suruh husband ambik video, tapi husband tak nak, dia kata, kalau ambik pon tak berani nak tengok semula. 

7.22 am, baby pun keluar, doctor cakap 'ini baby ini baby, dah keluar", staff nurse pun pegi cuci, jab vitamin K and vaccine hepatitis B. husband tengok baby kejap pastu datang semula kat saya yang sedang ditekan-tekan untuk keluarkan darah, jahit. Lama pulak tu jahit, GA tu bagi gas jugak untuk tenang kan aku ni. Aku tak de la memekak kan, cuma resah and anxious je lah. bila dia tekan-tekan tu, aku pegang husband, pegang GA kat sebelah tu, its uncomfortable. And tak cerita pun kat orang pastuh, sebab tak suka feeling, rasa dia. Sebab i expect memang i tak rasa apa-apa, but actually i rasa ngilu, pressure semua. Pastu i cuak takut epidural tu habis. LOL. Oh ye, sambil - sambil tu staff nurse datang bawak baby yang siap dicuci cam kat bawah ni, cemolot ngan mak dia ni berulang-ulang kali. Ala sayang sayang mama.

Danish yang sembab. Hehe.
Oh, masa jahit tu doctor tanya, "you ada makan jamu ke". Aku cakap tak, aku makan neurogain. doctor kata " Haihh, no wonder, i sudah cakap jangan makan apa-apa pil yang ada DHA, EPA (the main concern is EPA) bila you da start masuk 3rd trimester, patutlah darah you cair, selalu cina i paham kenapa darah mereka cair, sebab mereka banyak makan ubat-ubat tradisional, melayu jarang cair. i kena jahit cepat-cepat takut hilang darah, kalau beranak normal pun, nanti i nak jahit tak nampak sebab darah mengalir banyak, dulu i memang prescribe neurogain pada patients i, tapi after that i saw semua same pattern, darah cair, so i suspect neurogain, i pun da buat complaint pada manufacturer, neurogain is made by germany, mereka tak dapat banyak sumber ikan, darah mereka thicker, jadi bila orang asia makan, darah akan cair, kita tak sama dengan mereka, kita banyak sumber DHA, next time jangan buat lagi ha" Then i tanya what about virgin coconut oil, both GA & doctor said, that one no problem.

Then, aku pun ditukarkan baju yang tak berdarah, diangkat naik ke katil beroda untuk ditolak ke bilik, mengucapkan terima kasih kepada staff nurse and doctor. Baju doctor habis basah peluh-peluh, menyambut segelas air. Time tu rasa mulianya tugas doctor ni. Dengan senyuman dia, kata-kata semangat and pujuk dia. Baby diletakkan di antara betis ku. Huhu. Comel. 

Doc & staff nurse and juga pengalaman-pengalaman orang ada kata nanti you akan pening , menggigil, rasa gatal-gatal macam ada benda merayap, nak muntah masa ubat ni nak habis. Tapi Alhamdulillah saya tak dapat kesan sampingan tu :) Hanya rasa benda merayap gatal-gatal sikit je. Syukur, Pastu da siap tanya ada arcoxia tak, takut la kan sakit sangat after ubat da habis. Tapi Diclofenac suppository pon da cukup sangat untuk buat rasa tak sakit as maintenance. Satu lagi mercy yang tuhan beri.

So, hari pertama kat ward, staff nurse datang tukar-tukar drip dari pitocin ke NaCl, ke Dextrose, pastu masuk untuk swab, cuci kan bahagian bawah, tukar pad, masukkan diclofenac suppository (ubat bontot-tahan sakit). Mulia kerja nurse ni jugak. Kalau aku, memang tak nak buat semua benda tu, pahala kalau buat kerja dengan ikhlas kan. Menyenangkan hati service diorang ni. Hari kedua, dah tak ada apa-apa drip, cabut urine cathether, tak sakit jugak. Makan oral painkiller, suruh bangun, pergi kencing jalan-jalan. Fuh tapi masa mula-mula nak bangun tu ya Allah sakitnye perut ni, dia suruh pegang bahagian yang sakit. Pastu gi duduk kat kerusi, pastu husband la yang bawak jalan kat bilik, berpapah jugak, ada satu masa nak bangun, peh rasa memang cam da pitam, sebab bila dari duduk ke bangun tu darah tak boleh nak shoot up ke kepala ke apa ntah. Nak kencing pun ngilu hoi. 

Baby yang telah siap dicomelkan.
Kat hospital tak bagi diorang feed pakai botol, suruh pakai cup. baby pandai suck, tapi susu tak keluar sampai da balik johor (hari ke 3) agaknye baru ada susu. Tu pun sangkut. nurse picit pakai jari pun xde air pun keluar hujung-hujung nipple tu, breast pun tak de rasa bengkak ke apa. Memang guna Danish untuk stimulate je masa kat hospital. So, kena la pakai susu formula, kalau tak berlapar la Danish sementara nak tunggu susu mama keluar. Hospital pakai susu sponsor, frisolac. Bagi bawak balik pun, susu itu jugak. Danish ok.

Sayang..now, you are a Daddy ! :)
Ini husband saya yang banyak membantu, bersyukur sangat pada tuhan kerana mengtakdirkan jodoh aku dengan lelaki ini. Sangat terharu, everything yang dia buat, i cant stop saying thank you. Masa dia pergi makan, saya mesej " terima kasih sebab banyak tolong" dia reply " ni bukan namanya tolong, ni namanya tanggungjawab". Dari pregnancy, memanjakan aku, bersabar dengan mood aku, bagi makan best-best, baca yassin, solat hajat, menyejukkan hati, memberi semangat sampai sekarang, menjaga masa diri ni tak mampu nak jaga diri sendiri, tunggu kencing, mandikan, dan sebagainya yang tak akan habis kalau nak list kan. Dalam hati berdoa, semoga tuhan membalas segala kebaikan kamu. Its like, you have another you, masa kau kehilangan sesuatu dari diri samada dari fizikal atau mental, he completes it. Thank you Allah kerana menghadiahkan lelaki ini, sebagai suamiku. :')

Cucu ke 6.

Danish bersama aunties :)
Terima kasih kepada yang datang melawat. :)



The goodie bag
Ahad, bermula la perjalanan Danish pulang ke kampungku, di Kluang Johor.


Prinsip hospital ni, staff nurse akan hantar baby sampai masuk dalam kereta.
Pajero yang tak nampak belakang, balik 3 bulan kan. Mesti la macam nak pindah rumah.
Danish telah mengamuk dalam kereta kerana kelaparan, berhenti R&R cari air panas, buat susu dia, thermos tak pergi beli. sebab mak dia yakin sangat terus ada susu lepas lahirkan, tak beli la barang-barang menyusu ni (melainkan pump set). LOL. 

Baiklah itu sahaja, pengalaman 3 hari 2 malam di Brittania. Oh ye, cost semua sekali RM 4800, ok kan harga dia. basic dia 4300 ke 4000 ek. lupa. not vad. dengan layanan, pesakit pun tak ramai. 

Apa-apa pun, terima kasih Allah, kerana memakbulkan doa ku, memudahkan proses pregnancy dan delivery, memudahkan cabaran yang diberi, memberikan kami baby yang sihat dan sempurna sifatnya. 

Cabaran menjadi ibu seterusnya, di next post. Till then, assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Option and blankness

Assalamualaikum..

So Saturday, 26th Oct, my pregnancy already hit 39 weeks. To my baby, Mama had climbed up the stairs, squat, and such.Hoping you will move down further, but doctor said, you still at the very high position. He no longer gave the repeating advice, but giving me option to see you anytime or to give you another week. Doctor said, the umbilical cord is wrapping your neck twice. That might be the reason you still floating, maybe its hard for you to move down with those thing around you. But mama already saw your heart beat for 30 minutes, your heart was doing fine, but you were sleeping. You always like that baby, your kickboxing class start in the evening, until dawn. You cover your face everytime i wanna see you. Are you a shy person?

Mama in a blank mode now. Dont know what to think. This is my first time. I dont know how does the normal delivery & caesarean feel like. But from the wish & prayer, i know the option i have is the last choice that every women wants it to end.

But, what im so certain of my feeling is, i want you to stay pink in my womb, to be strong when you come out.

I dunno how you look like, how fit you'll be outside my womb. But hello baby, see you in a week. Im praying for His bless to you, mama & papa. Allah is a good planner, im putting my faith in Him. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Vaginal Exams, Swab.

Last week, doc told me he will do VE on the next appointment to check the cervix ripeness. I was like ok next week. 38 weeks. What i knew from the the antenatal class, 38 weeks doc will do vaginal swab for group B streptococcus (GBS) infection. 

So i went back and read up blog about VE or "seluk", how does it feel. painful or uncomfortable or bearable or what. Most of them said painful. Ask colleague said painful. Some said uncomfortable only, not pain at all if you relax. I asked my friends, they said, dont allow, it will increase the risk of infection, not necessary at all, no contraction, no sign, no infection, no complication, not overdue yet, why doc wanna do VE.

So today, i went for the prenatal check up, he said, he wanna check it, i said, can we do it next week. He said, ok ok. But he wanna do swab, may bleed a bit, ok i accept that.


When i lay down, i saw that thing, the plastic speculum and all, ok nervous. To spread my leg is like opening the pintu rosak, sangkut2. I dont know what he's doing, but seriously not pain at all. Cuma aku je yang kelam kabut sorang2, panting like waiting for the pain to come. But the pain was not coming at all. Ok after that, i thought settled! I closed it, but i saw he put the gel onto his 2 fingers, i again reluctant to spread the leg again and asked "ist painful?" Oh the VE is coming. He lied to me like a kid hoo just now? Mungkir janji. After he settled, i was like haa, is that all, no pain like seriously, wah wah.. Magic magic. My nightmare didnt turn out real! Sia-sia je emo last week after doc kata nak wat VE, serabut otak baca blog orang. Yg jadi mangsa husband lah. Huhuuh. And oh, no bleeding nor spotting.


Maybe sebab dia x stretch2 ke apa kot. So not that bad. So he said, baby not engaged yet. Usual advice, walk, shopping, squat, making love more. Wahah. Last week after dia advice, squat tu aku buat 2 set je, lepas tu urat tertarik sana-sini stop lah. 

Bising la husband, kata aku ni asyik baring je, xnak exercise, ( hoiih saya sakit pinggang lah, pinggang ni macam ranting nak patah, nak exercise apa nye, kena la ikot kata badan ni, LOL) semangat sekejap je.

Yela2, harini da naik tangga 2 set, squat da 30 kali, risau la dia takot xturun2 kena operate pulak 40 weeks nanti. Cuti dia xbanyak nak tunggu. Supposedly dah naik rig kat sarawak tu selasa ni,  tapi amek cuti nak tunggu wife bersalin, tp baby namo turun la papa. Hehehe. So klw bersalin pon, dia xlama ada ngan kita ni, kena naik rig, dia xbanyak cuti, tunggu bersalin ni pon da bape hari makan cuti dia kan. Yang penting masa bersalin nanti kena la ada. Klw x , nak bersalin pon rasa nak marah jee nanti. Silap2 xbagi tengok baby nanti kangg. Hahah. Betol lah. Saya nak dia ada ngan saya waktu bersalin, dia la penguat semangat saya, yang tau macamana penakot nye saya ni.

Xpelah. Yang penting baby sihat kat dalam perot mama. Mama doa, tak overdue, mama tawakal je kat tuhan caesar ke, SVD ke, mana-mana yang Tuhan dah tetapkan. Mama pon nak pilih mana 1 pon dalam doa, kalau ikot kan dua2 pon mama takot. Jadi mama cakap dalam doa biar tuhan je la pilih mana yang terbaik yang mama mampu tanggung nanti. Asalkan baby & mama selamat. Nak sebut SVD gerun, nak sebut caesar pon xpatot. Sebab dua2 pilihan pon mama sakit jugak nanti. Oh, oh. Saya stuck in between. Tp of course akan usahakan SVD. Knowing the natural birth and the advantage, cuma mama takot la baby... Nanti mama bersin je teros keluar tau. Lol.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Antenatal Class

Assalamualaikum,

Blogging from the workplace during Friday's break hours. Sleepy. Just finish drafting my Serah Tugas list before the confinement. 

Ok, before i walk to surau for nap, wanna update my antenatal class which i went on 29th Sept 2013.

So, after adjusting hubby's schedule, DEMC fit the date. (Though it cost slightly higher than KPMC, HUKM, RM 120 per couple with 4 meals)

The Itinerary. 
The coffee for hubby. Dare to sleep i slaaapp you. LOL.
The hall.
The 2 Goodie bag. 
Lets see whats in it..
Taddaa... nice. (Pampers, lotion, powder, milk, napkin, wipes)
The breakfast.
The lunch.
The labour room.
The breathing class.
Hubby demo for posture getting up from bed.
Breathing during contraction.
Bought this book for RM 20.
The content of the book.

Overall, i am satisfied with the course. Good speaker, interactive, approachable. I got what i wanna know. But im a bit slow in breastfeeding class. BUT THE CLASS IS VERY GOOD. Its me not the class probs. HEHE. Cant catch on certain things. Still blur to me,i thought of googling when the times come, fortunately there's a book to be bought. :) Oh the speaker is so interactive. I approach them during tea time. I showed the breastfeeding speaker the lump under my armpit, wanted to know ist the breast tissue or cancer cell. She brought me to toilet and suruh I tuam dengan air panas eh? baru je try semalam. takot lah kalau cell cancer. :( Tiba2 je ada last trim ni.

And, in breathing class, i only get on the breathing technique during contraction which slowly tangle up in my mind, i wanted to know the posture and the do's and dont's during the labour process. Still need to get from experienced person.

Like : Dont shout, dont push before 10 cm, dont lift your butt, anything else dearr?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mommy & Baby Checklist

For this post, i wanna share my preparation and spending for my first baby as a guide for the mommy-to-be out there who are just like me, googling here and there to complete the checklist. Hopefully this entry will help you to have a rough idea on what to buy and how you going to spend your money. For some part that i leave it blank means i hv not bought it yet. I bought em bit by bit, from the 4th month of pregnancy, starting from expo, to next expo, few different shops, do it leisurely. You will have more time to survey and no rush. Since my husband not with me all the time, its a wise step to start it earlier. At the last trimester, i don't think i have much energy to do it. 

I copy from my excel to this blog, thus the border of the table doesn't appear here. Bear the messiness ;) I don't mind sharing the price, and i hope you guys don't feel awkward because when i google things up, i wanna know the budget too, so i post base on my preference, don't mind if you think too cheap or too much wasting. 

Newborn Checklist
i) Clothing (new born 0 - 3 months)
Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Long Sleeve Shirt & Long Pants 2 Ok Baby, Disney 42.80 2
2 Short Sleeve Shirt & Shorts 2 Baby Kiko, Disney 43.80 2
3 Long/Short Sleeve Shirt/Pants (Lubang) 2 Ok Baby (LS) 28.80 2
4 Short Sleeve Romper 2 Carters, Just One Year 75.00 7
5 Button-Front Romper 2 Pigeon 73.62 2
6 Mitten 3 Anakku 32.70 2
7 Booties/Socks 3 Anakku, Just One Year 0.00 8
8 Hats 2 Disney,Anakku 0.00 2
9 Baby Abdominal Binder 5 Anakku,Pelt & Fabric 26.90 4
10 Swaddle 2 Gugu, Summer 108.00 2
11 Handkerchief 1 BabyKing 10.90 6
12 Cloth Container 1 Ikea 65.00 1
13 Nursery Bag 1 KakTeh 0.00 1
507.52
ii) Baby Care & Bathing
Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Diaper (newborn + size S) 1 Huggies + Mamypoko 44.90 1
2 Diaper Changing Mat 1 Anakku 16.90 1
3 Wipes/Wet tissue 4 Pureen 12.90 2
4 Bath Towel 1 Anakku 19.90 2
5 Cloth Detergent 1 Pureen H-A-D 26.90 1
6 Baby Cleanser 1 Anakku 13.90 1
7 Baby lotion 1 Anakku 0.00 1
8 Baby Shampoo 1 Anakku 0.00 1
9 Baby powder 1 Anakku 0.00 1
10 Nappy Rash Cream 1 Drapolene 11.90 1
11 Baby oil 1 Johnson Baby 3.90 1
12 Minyak telon 1 Yu Yee oil 0.00 1
13 Comb/Brush set 1 Disney 7.10 1
14 Cotton Buds 1 Pureen 2.50 1
15 Bath Tub 1 The 1st year 169.90 1
16 Baby Nail Clipper/Scissors 1 Japlo 19.90 1
17 Thermometer 1 Vicks 49.90 1
18 Nasal Respirator 1 Japlo 19.90 1
19 Tootbrush 1 Pureen 6.10 1
TOTAL 426.50
iii) Cot & Bedding
Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Travelling Mattress (+ Pillow, Bolster) 1 Bumble Bee 117.00 1
2 Blanket 1 Ikea 39.90 3
3 Mosquito Net 1 Pureen 27.90 1
4 Baby Cot 1 Ikea 369.00 1
5 Bedding Sets (Mattress &fiited sheet, 2 pillow, Quilt, pillow & quilt cover) 1 Ikea 298.40 1
TOTAL 852.20
iv) On The Go
Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Car seat 1
2 Stroller 1 McLaren
3 Carrier 1
TOTAL
v) Breastfeeding
Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Breastfeed pump 1 Medela free style RM 1799 1
2 Feeding Bottles (newborn starter set) 1 Avent Newborn 76.50 1
3 Bottle Brush
4 Bottle Cleanser
5 Bottle Drying Rack
6 Bottle Detergent 1 Pureen 0.00 1
7 Cooler Bag 1 Medela 0.00 1
8 Storage milk container 30 Bumble bee 0.00 4
9 Bottle warmer 1 Autumnz 99.90 1
10 Electric Steam Strelizer 1 Autumnz
TOTAL 176.40
Mommy Checklist





Bil Item Qty Brand Price (RM) Qty
1 Nursing bra 2 Scarlet, Fabulous Mom 120.00 4
2 Breast Pad 1 Treenie 15.90 1
3 Nipple Shield 1 Medela 69.90 1
4 Nipple Cream 1 Earth Mama Angel Baby 69.90 1
5 Disposable panties 5 Fify 7.90 5
6 Maternity pad 1 Intimate 12.00 2
7 Nursing Shawl 1 Mango Tree 49.90 1
8 Nursing shirt 2
10 Maternity/Breastfeed Pillow 1 Theraline 280.00 1
12 Post Natal Girdle 1 Mummy, Tanamera
13 Post Natal Care set 1 Tanamera , Shaklee 535.00 1
14 Tungku 1 Mummy 0.00 1
15 Jelly Gamat 1 Gamat Healin 67.00 1
TOTAL 1227.50
GRAND TOTAL 3190.12


  • Toothbrush tu i beli masa baby da 3 weeks of life. Sebab lidah dia putih sebab susu. takot kalau tak bersihkan dapat fungal infection pulak. tak pasal-pasal kena beli nystatin nanti. 
  • Baby cot awal-awal je letak baby dalam tu masa malam nak tidur. tapi bila tidur ngan mama, mama letak baby atas katil, senang nak jaga. tak payah bangun jauh-jauh nak check baby. sebab baby selalu merengek la, macam-macam bunyi, muak lah,  kalau depan mata senang nak tengok. tapi travelling mattress tu paling digunakan, letak depan tv.
  • Car seat, stroller, carrier tu masih tak beli lagi. After pantang or bila i da start naik kereta, travel and jalan-jalan, akan beli lah. Now tak de kepentingan lagi. 
  • Breastpump tu memang lah sangat important. Kalau susu cam banyak tapi baby tidor time tu lah pump. 
  • Storage milk container ada 4 je yang memang dapat dengan set medela tu, stock ebm tak buat lagi, sebab rasa susu xde la banyak sangat nak simpan-simpan ni. Belom masa nye lagi. Simpan pon just untuk malam masa tak larat nak layan baby menyusu lama sangat atau pagi masa babysitter datang time saya tengah tidur. Disebabkan susu ebm ni leceh nak suhu 40'c, so beli lah warmer kat smartkid kluang ni, mahal RM 99.90, kalau beli online kat oneabyworld baru RM79.90, tapi sebab malas nak online, beli je la mama hoi. Mama yang belanja as hadiah. Now saya beli susu ESP and alfafa, (RM 166) Hum baru makan 3 hari, so tak boleh nak bagi review. Alfafa belom makan lagi, tunggu habes pantang lah, takot pulak baby dapat kuning.
  • Botol susu & feeding cup sangat la penting bagi I yang susu keluar lembeb je. mula-mula guna cup, tapi mama tak suka, bagi jugak guna botol sebab dia takot guna cup tu takot baby tersedak, makan hati lah i tengok baby guna botol susu time susu slow tapi baby mengamok cam hape kan. Lapar. terpaksa lah campor kejap nenen, kejap susu formula masa awal-awal lah. now susu pon da banyak, kuranglah guna botol.
  • Breast pad setakat ni tak guna lagi, sebab bukan kategori meleleh yang hadoo, kalau dia menitik-nitik pun time berat gila je, so just panggil baby or pump je, lagipun dok umah je kan. boleh settle lagi. mungkin berguna bila dah start keluar rumah nanti.
  • Nipple shield saya beli sebab mula-mula memang la sangat sore nipple ni, baby pulak asyik nak susu je, tapi macam tak selesa je baby hisap pakai tu, last-last tak pakai sangat. tapi still penting. Nipple cream memang perlu untuk melegakan kesakitan nipple, makan masa jugak untuk nipple ni biasa dengan gusi dan hisapan bayi, sampai kena baju pon rasa duuhhhh.
  • Maternity/nursing pillow adalah benda yang paling berbaloi i beli dari mengandung sampai ada baby pun sangat berguna, Macam-macam gaya kita boleh buat, untuk keselasaan tulang belakang kita, untuk support tangan and baby masa breastfeed dan sebagainya. Tak sama ye guna bantal biasa mahupun bantal pelok yang kelihatan sama. Maternity pillow ni sangat flexible. Tak beli, tak guna you tak tahu kelebihan dan manfaat dia.
  • Tanamera set adalah benda yang i rasa sangat membazir beli. Lol. Mungkin sebab i bukan jenis rajin menggunakan set-set luaran herba-herba ni. Lain la kalau ada orang dah sediakan pagi-pagi, guna tu guna ni. Hehe. nampak nye jadi khazanah lah kat umah ni, bagi mama simpan untuk kakak-kakak yang akan berpantang pulak. Some more, kalau rasa nak VCO dia beli VCO je dah la, Tapi i tak minom pon, i beli capsule RM 40 VCOA brand treenea. Boleh telan, tak de rasa and bau yang tak menyenangkan. Yang i makan consistently masa pantang ni adalah set bersalin shaklee and gamat healin, jamu masih belum makan lagi, risau baby panas.
  • Oh, quantity untuk barang-barang harian tu basic je lah i kira. bila dah ada baby topup la lagi kalau tak cukup.

Hospital Packing List
i)  Baby's Needs ii) Mom's Needs
Bil Item Bil Item Bil Item
1 Baju 1 Pink book 13 Telekong
2 Pampers 2 IC 14 Sweater
3 Stokin tgn & kaki 3 Kad nikah 15 al-quran
4 Napkin kain (bedung) 4 Surat GL 16 Discharge Outfit
5 Barut 5 Tshirt 17 Minyak panas
6 Topi 6 Skirt labuh 18 Toiletries (Tootbrush/paste, shampoo, lip bum, comb, soap, deodorant)
7 Bantal 7 Pad 19 Water Flask
8 Tuala 8 Disposable panties 20 Glass
9 Minyak yuyi 9 Socks 21 HP Charger
10 Tuala 22 Kain batik
11 Nursing bra 23 Air selusuh
12 Breast Pad 24 Snacks (Drink, Biscuits)

  • Basically untuk baby, i tak guna pun barang-barang yang i bawak dalam checklist ni, sebab semua pun provided, kecuali masa nak discharge, bagi la baju baby and swaddle kita.
  • Pink book & surat GL tu untuk case kalau mommy/baby kena refer government.
  • IC & kad nikah tu penting untuk buat surat akuan bersalin and surat beranak baby.
  • Baju, kain batik, stokin tu pakai sendiri punya. Pad hari kedua bila kita da start pergi toilet pakai sendiri punya. Sweater i tak guna, sebab rasa panas je, berpeloh.
  • Telekong, alquran i tak bawak lah, since memang dah plan caesar. Air selusuh minum masa kat rumah la, air selusuh yang suami baca kan ayat quran, tak de herba ke tumbuhan ke apa ke, air mineral + ayat suci je. Dengan niat dipermudahkan.
  • Toiletries i hanya guna pencuci muka, ubat gigi, berus gigi, tapi sebenarnya kat sana dah sediakan toiletries, tak perasan, dah balik baru perasan.
  • Water flask, glass memang dia dah sediakan.
  • Snacks before bersalin tu tak applicable lah untuk i, cuma husband beli mineral water, biscuit, roti, mama bawak bubur masa dah bersalin. Hosp i ni, sediakan milo, air suam, roti, plantar & strawbery jam je. Hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates