Delivery day.
Assalamualaikum.
Meet my baby, everyone! :)
Seperti yang ditentukan Allah, Muhammad Danish bin Mohd Syukor telah ku lahirkan di Brittania Mother & Children Specialist Centre, Kajang, Selangor pada 1st Nov 2013, pada jam 7.22 am, Friday, dengan berat badan 3.12 kg melalui elective caesarean.
Pada hari Isnin, i called up Brittania nak book date caesar, which i chose 1st Nov 2013. So i need to come on thursday untuk ambil darah for cross match incase ada kehilangan darah masa operation nanti. And, i jumpa doctor dulu before ambil darah, last check samada baby da engage belom, kalau dah engage, i tak nak lah caesar, boleh lah pilih induce kan. Tapi memang tak engage pon. So proceed untuk caesarean pada 1st Nov. So, saya kena datang pukul 6 pagi, 7 pagi nak caesar.
Masa hari Isnin yang after i book tu, malam tu I macam moody je. Senyap je. sebab tak tau nak fikir apa. So, i baca blog orang, pengalaman orang. Ada yang kata masuk tube kencing tu sakit gila boleh menangis. I memang nak ready mentally apa yang sakit supaya i tak terkejut. So, i fikir ok masuk tube kencing and insert branula sakit. Malam tu sebelom tido eh nangis pulak kat husband, takot, da pujuk ngan kata semangat dia, tidur la dengan tenang sampai ke malam operation masih kekal kental tak fikir apa. Everything will be fine. Pukul 12 malam da kena puasa air and makanan.
Pagi Jumaat, the operation day bila sampai je, pilih bilik, upgrade dari 4 bedded room ke single bedded room tambah rm 60 je satu malam. Then dia bagi baju suruh tukar, lepastu staff nurse masuk untuk insert urine catheter tu. Kaki ni gigil. keraskan kaki, staff nurse kata 'suhaida jgn mcm ni awak buat keras tak relax lagi sakit susah nak masuk, tak sakit mungkin pedih sikit je'. So dia pun masukkan, weyh tak sakit pon weyh, dia masukkan tube getah je pon, bukan benda keras, cuma lepas tu kita rasa cam nak terkencing, tu je lah.
Patient's bed and guest bed-single, for husband. |
Husband penguat semangat ku. Sebelah tu gown operation saya. |
Pastu since memang dah menggigil. menggigil je la sampai ditolak atas wheelchair ke atas katil operation. Husband boleh masuk, dia pun tukar gown biru tu. duduk sebelah kanan saya pegang tangan. Sebelum tu GA (doktor bius) set up drip, tak sakit pon. Daaa~ Pastu duduk membongkok peluk bantal, GA tu inject local anaesthatic and epidural kat tulang belakang, pun tak sakit, cuma menggigil sejuk sangat, mintak husband turun ambik stokin dalam kereta.
Operation theater. The GA & staff nurse. |
Lepastu dr. Tan pun sampai. Dia explain-explain sikit, pastu swab my belly. Pastu test ubat tengok da berkesan belom. sikit-sikit ubat tu jalan sampai kaki kebas tahap tak boleh angkat. tapi kaki kiri saya tak macam kanan , dia masih ringan . So, adjust lagi dose, dia test dengan pengepit dia, sakit tak, sakit tak, huwaaa, kanan tak rasa, kiri rasa.. Adjust dose, senget kan katil, tinggi kan belah kanan, bagi ubat mengalir ke kiri, pastu test lagi ' sakit tak sakit tak, dari 1-10, kalau tadi 10 now you nak bg score berapa?.' aku pon bagi la 3, dia kata ok ok. Aku cam cuakk hoii jangan la start lagi, camne kalau ko belah aku boleh rasa. cuak part situ la.
So bermula la operation dengan pesakit yang anxious ni, meleleh-leleh air mata cuak. Staff nurse suruh selawat banyak-banyak. dr kata sakit you takkan rasa tapi nanti i tekan-tekan you akan rasa. so, bermula lah, husband kata mula-mula dia tebuk terpancut darah, pastu dia terus tekan perut, untuk kasi kepala baby pop out dari tempat jahitan tu. Diorang suruh husband ambik video, tapi husband tak nak, dia kata, kalau ambik pon tak berani nak tengok semula.
7.22 am, baby pun keluar, doctor cakap 'ini baby ini baby, dah keluar", staff nurse pun pegi cuci, jab vitamin K and vaccine hepatitis B. husband tengok baby kejap pastu datang semula kat saya yang sedang ditekan-tekan untuk keluarkan darah, jahit. Lama pulak tu jahit, GA tu bagi gas jugak untuk tenang kan aku ni. Aku tak de la memekak kan, cuma resah and anxious je lah. bila dia tekan-tekan tu, aku pegang husband, pegang GA kat sebelah tu, its uncomfortable. And tak cerita pun kat orang pastuh, sebab tak suka feeling, rasa dia. Sebab i expect memang i tak rasa apa-apa, but actually i rasa ngilu, pressure semua. Pastu i cuak takut epidural tu habis. LOL. Oh ye, sambil - sambil tu staff nurse datang bawak baby yang siap dicuci cam kat bawah ni, cemolot ngan mak dia ni berulang-ulang kali. Ala sayang sayang mama.
Danish yang sembab. Hehe. |
Oh, masa jahit tu doctor tanya, "you ada makan jamu ke". Aku cakap tak, aku makan neurogain. doctor kata " Haihh, no wonder, i sudah cakap jangan makan apa-apa pil yang ada DHA, EPA (the main concern is EPA) bila you da start masuk 3rd trimester, patutlah darah you cair, selalu cina i paham kenapa darah mereka cair, sebab mereka banyak makan ubat-ubat tradisional, melayu jarang cair. i kena jahit cepat-cepat takut hilang darah, kalau beranak normal pun, nanti i nak jahit tak nampak sebab darah mengalir banyak, dulu i memang prescribe neurogain pada patients i, tapi after that i saw semua same pattern, darah cair, so i suspect neurogain, i pun da buat complaint pada manufacturer, neurogain is made by germany, mereka tak dapat banyak sumber ikan, darah mereka thicker, jadi bila orang asia makan, darah akan cair, kita tak sama dengan mereka, kita banyak sumber DHA, next time jangan buat lagi ha" Then i tanya what about virgin coconut oil, both GA & doctor said, that one no problem.
Then, aku pun ditukarkan baju yang tak berdarah, diangkat naik ke katil beroda untuk ditolak ke bilik, mengucapkan terima kasih kepada staff nurse and doctor. Baju doctor habis basah peluh-peluh, menyambut segelas air. Time tu rasa mulianya tugas doctor ni. Dengan senyuman dia, kata-kata semangat and pujuk dia. Baby diletakkan di antara betis ku. Huhu. Comel.
Doc & staff nurse and juga pengalaman-pengalaman orang ada kata nanti you akan pening , menggigil, rasa gatal-gatal macam ada benda merayap, nak muntah masa ubat ni nak habis. Tapi Alhamdulillah saya tak dapat kesan sampingan tu :) Hanya rasa benda merayap gatal-gatal sikit je. Syukur, Pastu da siap tanya ada arcoxia tak, takut la kan sakit sangat after ubat da habis. Tapi Diclofenac suppository pon da cukup sangat untuk buat rasa tak sakit as maintenance. Satu lagi mercy yang tuhan beri.
So, hari pertama kat ward, staff nurse datang tukar-tukar drip dari pitocin ke NaCl, ke Dextrose, pastu masuk untuk swab, cuci kan bahagian bawah, tukar pad, masukkan diclofenac suppository (ubat bontot-tahan sakit). Mulia kerja nurse ni jugak. Kalau aku, memang tak nak buat semua benda tu, pahala kalau buat kerja dengan ikhlas kan. Menyenangkan hati service diorang ni. Hari kedua, dah tak ada apa-apa drip, cabut urine cathether, tak sakit jugak. Makan oral painkiller, suruh bangun, pergi kencing jalan-jalan. Fuh tapi masa mula-mula nak bangun tu ya Allah sakitnye perut ni, dia suruh pegang bahagian yang sakit. Pastu gi duduk kat kerusi, pastu husband la yang bawak jalan kat bilik, berpapah jugak, ada satu masa nak bangun, peh rasa memang cam da pitam, sebab bila dari duduk ke bangun tu darah tak boleh nak shoot up ke kepala ke apa ntah. Nak kencing pun ngilu hoi.
Baby yang telah siap dicomelkan. |
Kat hospital tak bagi diorang feed pakai botol, suruh pakai cup. baby pandai suck, tapi susu tak keluar sampai da balik johor (hari ke 3) agaknye baru ada susu. Tu pun sangkut. nurse picit pakai jari pun xde air pun keluar hujung-hujung nipple tu, breast pun tak de rasa bengkak ke apa. Memang guna Danish untuk stimulate je masa kat hospital. So, kena la pakai susu formula, kalau tak berlapar la Danish sementara nak tunggu susu mama keluar. Hospital pakai susu sponsor, frisolac. Bagi bawak balik pun, susu itu jugak. Danish ok.
Sayang..now, you are a Daddy ! :) |
Ini husband saya yang banyak membantu, bersyukur sangat pada tuhan kerana mengtakdirkan jodoh aku dengan lelaki ini. Sangat terharu, everything yang dia buat, i cant stop saying thank you. Masa dia pergi makan, saya mesej " terima kasih sebab banyak tolong" dia reply " ni bukan namanya tolong, ni namanya tanggungjawab". Dari pregnancy, memanjakan aku, bersabar dengan mood aku, bagi makan best-best, baca yassin, solat hajat, menyejukkan hati, memberi semangat sampai sekarang, menjaga masa diri ni tak mampu nak jaga diri sendiri, tunggu kencing, mandikan, dan sebagainya yang tak akan habis kalau nak list kan. Dalam hati berdoa, semoga tuhan membalas segala kebaikan kamu. Its like, you have another you, masa kau kehilangan sesuatu dari diri samada dari fizikal atau mental, he completes it. Thank you Allah kerana menghadiahkan lelaki ini, sebagai suamiku. :')
Cucu ke 6. |
Danish bersama aunties :) |
Terima kasih kepada yang datang melawat. :)
The goodie bag |
Ahad, bermula la perjalanan Danish pulang ke kampungku, di Kluang Johor.
Prinsip hospital ni, staff nurse akan hantar baby sampai masuk dalam kereta.
Pajero yang tak nampak belakang, balik 3 bulan kan. Mesti la macam nak pindah rumah. |
Danish telah mengamuk dalam kereta kerana kelaparan, berhenti R&R cari air panas, buat susu dia, thermos tak pergi beli. sebab mak dia yakin sangat terus ada susu lepas lahirkan, tak beli la barang-barang menyusu ni (melainkan pump set). LOL.
Baiklah itu sahaja, pengalaman 3 hari 2 malam di Brittania. Oh ye, cost semua sekali RM 4800, ok kan harga dia. basic dia 4300 ke 4000 ek. lupa. not vad. dengan layanan, pesakit pun tak ramai.
Apa-apa pun, terima kasih Allah, kerana memakbulkan doa ku, memudahkan proses pregnancy dan delivery, memudahkan cabaran yang diberi, memberikan kami baby yang sihat dan sempurna sifatnya.
Cabaran menjadi ibu seterusnya, di next post. Till then, assalamualaikum.
Read Users' Comments (5)