Taska/Pengasuh

Semalam i da pergi tanya-tanya taska/pengasuh untuk Danish. Ada 2 option,

1. Taska taman i
2. Pengasuh taman sebelah


Pening sikit je la pk nak taska ke pengasuh mula-mula. Im more to taska. Sbb senang i nak cerewet-cerewet. Kalau pengasuh kat rumah tu, biasanya orang tua, kadang suka mandai2.

So i da rule out, ciri-ciri yang i tak nak

1. Masukkan baby kat buai
2. Suka nak suap-suap puting ni
3. Mandai-mandai nak bagi makan baby
4. Tak pandai handle EBM
5. Rumah tak bersih

Mula- mula i start dengan whatsapp Taska taman baru i tu, pastu semalam kitorang tiba-tiba je pergi tak bagitau dia. Mula-mula masok je i da berkenan tengok terator je , lantai berkilat, kemas habis, budak-budak discipline tidur, kat bawah budak-budak umur more than 1 tahun setengah, umur bawah dari 1 tahun setengah kat atas. Mula-mula dia reluctant nak bagi i masok bilik tu, sebab time budak tidur, mungkin baby kan, kalau da terbangun susah. Tapi bukak gak lah, da itu yg aku mmg nak tengok. Sampai ke toilet aku check. Dalam bilik baby ada 3 orang, budak 4 bulan dalam baby cot, budak 1 tahun lebih tidor kat bawah. Bilik sebelah ada warmer EBM. Dalam bilik baby tu, ada sorang pengasuh. Aku cam pelik macamana semua boleh tidur serentak? Bagi ubat tidur ke ni. Huahua. Tapi tak kot. Sebab tu dia bukak pintu slow2 , aku la buat salah sorang baby tu terjaga masa bukak pintu bilik air. Pastu dia tepok2 budak tu semula.

I tanya lah,  bussiness hour, mandi berapa kali, tukar lampin berapa kali, ntah apa2 ke soalan aku, aku tanya je lah, hahah. Mandi baby ada bath tub ke, baby i tido kat mana nanti. Nanti kalau dia nak main ada orang nak main-main ke. Barang apa nak kena bawak. Kui3. Explain juga, baby ni ada eczema, tidur kena beralas, kena sapu lotion, tak leh panas, tak leh habuk, lepas minom susu kena la muka leher-leher dia. And i memang berkenan sangat, kat sini. 

Ini lah taska tersebut.
Playground?
Persatuan Taska Negeri Selangor
Ruang bawah. Untuk kanak-kanak atas 1 tahun setengah.
Robot tu i cover gambar cikgu yang tak bertudung.
Tilam hijau kuning tu, parents budak tu yang bawak khas untuk anak diorang.

Ruang atas.
Bilik baby bawah 1 tahun setengah. Ada 3 budak. budak 4 bulan dalam baby cot, 1 je taska tu ada. Yang besar sikit tidur bawah, parents budak tu yang bawak. Danish? mama belikan tilam Danish ke acane? Dia meniarap kan budak untuk elak tersedak susu. Danish tak mo ok posisi ni. Kemain tinggi dia angkat kepala dia nanti. Aku cakap megiring je da la, kang lemas pulak.
Bilik air. Tak nampak pulak bath tub.
Dapor.

Pastu kata kat hubby, tak yah la gi umah pengasuh tu. Rasa macam nak kat taska ni je. Tapi kalau dapat pengasuh best, budak ni extra kasih sayang. Jom la pergi. Tapi bila lalu dpn umah,haramak bela kucing. Hubby terus xbenti. Tapi cam eh xsampai hati, da bgtau makcik tu nak datang pas zohor kang dia tertunggu plak. Ok la pusing balik. Second round makcik tu terus bukak pintu. Siap tanya,tadi lalu nape tak benti. LOL. Orang kata kalau nak tengok makcik tu penyayang dia sambut baby tu. Ok makcik ni sambut budak ni. Sepanjang borak pon dia pegang danish yang tengah tidor lena  tu. Tapi da la tadi ada kucing, masok je umah, tengok tangga takde pemegang tuh, pastu buai tengah2 hall. Ok major turn off. Tak mo la camni. Tapi tak pe lah, ringan kan kepala tanya je la.keluarkan je la pape soalan, buat syarat. Tapi makcik tu asyik kata, tanya lah, bila aku takde nak tanya dia yang bercerita, dia kata anak pertama kan, tak tau nak tanya apa sangat, Padahal hati da tak nak. Overall ok, kecuali dia insist nak buaikan baby. Senang buat kerja. Paling kurang pon dia kata, kalau baby nangis buat apa pon xboleh, dia letak dalam buai boleh? Nak jugakk kan. Zzzz. Pastu kucing melintas ke dapor. Bela kucing ke? Tak lah kucing cari makan. Masa masok dalam kereta tanya hubby, cane?? Tu sangkar kucing luar rumah tu, sy pantang orang jaga budak bela kucing. Ok cancel from list.

So td siang, hubby da amek kan borang taska rm330 monthly fee, registration fee rm50, awal2 bulan nak hantar ni, dia mintak hantar separuh hari bagi baby biasa dulu. No problemo since hubby ada kat darat. Em pengasuh tadi rm 300, sama je cam taska amek lambat lebih dari kol 7, ada extra charge. Pengasuh tu pon weekend tak amik.

Hopefully ini pilihan yang terbaik untuk Danish. Kalau ada kekurangan kita tukar lain plak yer. Taska ni pun selang satu lorong je kot ngan umah baru tu. Ok la nite2. Besok nak gi expo kat midvalley. Lets see apa yang perlu dibeli. 

Untuk nak ke taska ni rasanya
1. Mattress set
2. Set mandian
3. Barang nak siapkan danish
4. Car seat
5. Feeding bottle -4
6. Cooler bag

Apa lagi ntah. Malam ni takde mood nak bercakap ngan Danish ke hubby ke. Nak diam je, tu yang tulis blog, sebab fikir perubahan cuaca ni, ke arah sejuk2 pulak, bumi da lari paksi ke. Takut fikir dosa. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

7 Response to "Taska/Pengasuh"

  1. KOC says:
    January 24, 2014 at 12:25 AM

    bagus2...nanti xder mat danish kesunyian kalo kat pengasuh ditinggal je... :)

  2. suhaida shukor says:
    January 24, 2014 at 12:40 AM

    Pengasuh bukan lagi ditimang-timang ke. Hehe

  3. Hawa says:
    January 24, 2014 at 12:10 PM

    susah jgk ekk..nk cr cr pgsuh jge baby

  4. Haziqah Radzi says:
    January 24, 2014 at 4:48 PM

    Squeaky clean dia punya rumah pengasuh. Hopefully diorang jaga elok-elok. InsyaAllah.

  5. Anonymous Says:
    November 9, 2014 at 10:18 AM

    Salam pn.suhaida..blh saya tau kt mana taska ni? Saya mmg tgh mencari taska @ pengasuh utk ank 8 bln.

  6. adila zainal says:
    November 23, 2015 at 9:01 AM

    Kat mana taska ni ye?

  7. suhaida shukor says:
    November 23, 2015 at 9:13 AM

    Kajang dear

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates