Solid food

Salam semua. Bulan ni Danish dah 7 bulan. Sepanjang sebulan lepas dah bagi dia makan puree & biskut baby tu. Alhamdulillah all went well.

Dua minggu sebelum Danish masok 6 bulan, I da baca-baca FB homemade solid food. Group tu galakkan buat makanan sendiri untuk anak, rather than beli nestum yang kurang zat itu. So , apa-apa masalah mummy2 lain pasal solid food dapat la i baca and gain knowledge dari situ.

Hem. Kenapa perlu start makanan 6 bulan ke atas? Sebab demand baby dan zat supplied by susu ibu dah ada jurang, baby perlu kan topup zat dari sumber makanan lain. So, bila anak dah 6 bulan tu boleh lah bagi makan, takot nanti tak cukup zat yang diperlukan, tapi ada juga ibu yang eksklusif bf sampai anak 2 tahun, yang tu saya kurang arif pasal topik tu, memandangkan ada ibu yang kata ada dalam alquran kata ekslusif bf tanpa apa-apa makanan, so tak de masalah kalau sampai 2 tahun pun tak makan apa-apa lagi. Wallahualam. Ada pulak yang start awal sangat, tak elok untuk usus baby yang belom ready nak proses makanan. Itu pulak, cabaran kalau pergi rumah ada orang tua yang suka nak menyuap makanan kat anak orang. Tensi sangat ok, tak tanya pun mak budak tu da boleh makan ke belom. 

Selepas 6 bulan, bekalan tenaga dari susu ibu kurang daripada tenaga yang diperlukan oleh baby. Wallahualam.

Selepas 6 bulan, zat besi dalam badan baby semakin susut dan tiada, hanya bergantung pada zat besi yang dari susu ibu,yang besar jurangnnya dengan zat besi yang masih diperlukan oleh baby. Wallahualam.

Untuk permulaan bagi baby makan puree buah, utk 6 bulan cam danish, kena blend, and ikot 4 days rule, like 4 hari epal, 4 hari pear , untuk tengok allergy reaction, kalau ok in the future boleh mix dengan buah lain, tak de lah bila dah mix pastu keluar allergy reaction, da tak tau mana satu penyebab kan.

High risk allergy foods, better start lambat sikit kot.
Try the from the safest to low risk allergy foods dulu.


Ini panduan untuk foods yang boleh diperkenalkan pada baby mengikut umur. So boleh combine dua guide tu alergy & age. Nice.
Bila dah lepas 4 days rule, tak de allergy or masalah, mula la nak variety kan, mix sana sini. 

Untuk Danish, i start dengan puree epal, 2 hari, puree pear 4 hari. Epal tu reason i hanya bagi 2 hari tu sebab danish kejung tangan badan badan tahan masam, pastu sedu sedu tahan nak muntah. Padahal i try manis je epal fuji tu. Bila pear kurang sikit, boleh la ulang 4 hari, tapi kadang2 muntah gak. Actually i nak start dengan Avocado puree, tapi sebab i beli yang tak ripe lagi, so tak dapat lah bagi Danish Avocado.

Avocado yang belum ripe. Kalau dah ripe, just belah dua, buang biji dia, scoop dengan sudu, and blend, tak perlu steam. Gambar ni i da komfius kenapa keras, perlu steam ke? Last-last sekali i buang. Hehe.
Epal Puree.
Pear puree.
Buah-buahan ni elok buang kulit, steam and blend. Avocado & banana je tak perlu steam, memang da lembut boleh blend terus je, or boleh bawak travel, senang. Oh untuk awal-awal ni, jangan la expect baby makan semangkuk yang you sediakan, memang makan 2 3 sudu je, sebab dia baru nak merasa, pelik lagi ngan rasa-rasa dalam mulut dia tuh. baby i, 7 bulan tetiba kau habis satu mangkuk tu. tergezuuut. Hee awal-awal ni isi sikit-sikit je, and macam kena frozen la makanan yang you buat, kalau tak asik nak buang je. Kalau buah, orang tak kesah sangat frozen, tapi kalau yang ada rice tu, kalau frozen kan untuk baby, tak semua akan setuju. So ikut la memasing. I orang da kata gitu, now i cuba lah tak frozen kan rice, since baby da makan banyak senang sediakan daily, yang problemnya nak prepare masa dia makan 2 3 sudu. Ada orang dia frozen kan lauk pauk buah buah seme, nasi buat daily tinggal add up cube-cube buah/sayur untuk blend together. Takut nasi basi or rasa hampas katanya. (Tapi i try ok je, kikiki, ikot la keyakinan masing-masing), now since baby da makan banyak not a problem lagi. Oh tips nak bagi baby makan banyak, time kita makan suap dia sekali, sebab time tu dia tengah terliur tengok makanan kita, betol, masa Danish makan 2-3 sudu, i buat camtu habis sebekas.

Banana puree. Till now pun, kalau food tak manis, mix dengan banana, manis tedapp.

Carrot Puree. carrot ni wajib sangat untuk bubur Danish now. Yeah. Carrot and banana lah top list.

Ok, i start bagi bubur kat Danish minggu kedua sebab masa danish's monthly check up, berat dia naik 300g je kot xsilap, macam haishh tak boleh jadi, kena start bubur lahh, nanti kurusss.. hehe.  I terus buat bubur carrot, bubur kismis, sweet potato. I perasan lah dia suka yang rasa plain, bila i bagi avocado, laju sangat dia makan. Jangan lupa ye, bagi baby minum air lebih sikit, kang sembelit. Setakat ni, tiap-tiap hari mesti ada buah terutamanya banana dalam puree nenish. Start kelmarin i tak bagi banana, weyh kesian aku tengok dia teran, pastu harini bagi dia habiskan sebotol air kosong sebab keras taik dia harini, pastu sib bek balance tu bunyi kentut cair. Lega mak taik dia kuar texture puree yang diblend. ;)

I beli jugak baby bites. I follow my sis nye experience lah. Dia kata farley anak dia berak ketul2, baby bites poo poo baby ok. So i beli la farley original. Ok la mat nenish tu makan, tapi ada masa dia muntah gak. Tu hubby i yang cakap, i tengok dia makan ok je. But now, haish, seplastik tu habis, biskut tu kena bawak mana-mana, so bila tengok kita makan, tak delah dia kunyah angin je, suap kan dia biskut tu, fair. Kalau bawak umah veteran2 pon kena bawak, sebab diorang suka sangat kesian kat baby, seme nak suap, time tu you kena cepat-cepat silang ngan biskut tu. ha gitu. Kalau tak pengat pisang, agar-agar semua makanan dewasa nak suap. 


Oh, i buat puree ni guna beaba babycook. Price rm 599 , i tambah rice cooker insert rm44. I buat bubur, steam buah, blend seme dalam ni. I dont need stove. Only that 1 appliance. Thats why i beli. Kalau ada rezeki, beli lah, untuk ibu yang rajin cam saya, hehe. Actually dia jimat masa tak yah tunggu situ, isi air level berapa semua, tekan steam, habis air, dia stop sendiri, so kalau nak buat bubur pagi2 g la mandi seme dulu, turun da siap steam teros boleh blend n pack bagi nursery.

Puree set :) 

1 sudu beras, tambah ngan 6-8 sudu air, kalau beras tu cam banyak kena repeat 2 round lah. Ni untuk ibu yang tak kuasa nak sik jengah periuk. Bila da masak blend ngan food lain.

Now, i da mix food yang dia tak alergy, da campur bayam, olive oil. Next nak cuba barley, couscous, pumpkin, and macam-macam. Feeling buat makanan untuk anak ni excited semacam, penuh kasih sayang, mungkin akan terror kat dapur bila Danish dah besar kot. LOL. 

Ok itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Susah wooo nak hapdett, kau tak tau berapa lama jadi draftt post ni. HAHA. Ini pun, si manja ni da merengek sambil tido, nak nennn nennn ler tu. muahhs. bye. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

8 Response to "Solid food"

  1. Anonymous Says:
    August 9, 2014 at 9:03 PM

    Sis,beli beaba cooker dkt mane yea

  2. suhaida shukor says:
    August 9, 2014 at 10:49 PM

    IG - bebetotz
    Kedai dia dpn zoo negara

  3. Anonymous Says:
    August 10, 2014 at 7:46 AM

    Dh abis stock kt kedai tu sis..kira yg sis beli tu murahla tmpt lain servey mahal

  4. DD says:
    August 10, 2014 at 10:37 PM

    Dear carrot n pumpkin puree ok tak? Smooth and creamy tak?

  5. DD says:
    August 10, 2014 at 10:40 PM

    I tried carrot + pumpkin steam for 2 rounds before blend tp still ada rasa granule-like. Not creamy enuf.. how do u do yours?

  6. suhaida shukor says:
    August 10, 2014 at 10:50 PM

    I tak perasan plak granule tu. Smooth je. Kalau xsmooth you tambah air sikit.

  7. DD says:
    August 10, 2014 at 11:34 PM

    Tu la.. i dah tambah air. Dah steam 2 round b4 blend with extra water. Nampak mmg mcm smooth tp bila rasa kasar.. i mix carrot and pumpkin. Tp x sempat try separately coz dah kehabisan stok dok try tp x jadi. If u have time nak try carrot plus butternut pumpkin bgtau i result ya.. coz tu my son's fav. Rasa rugi sgt beli babycook kalau x bleh steam/blend sekali.

  8. suhaida shukor says:
    August 11, 2014 at 7:43 AM

    I dah buat pumpkin carrot nasi smooth je. Ist your blade tumpul kot .

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates