Boba 4G Carrier

Harini, i nak buat review sikit pasal Boba carrier ni. Yang i tau cam famous gitu Ergo, tapi pas review-review i kenan kat Boba. Ciri-ciri utama yang i nak, it wont look big on me. Nak nampak fit gitu kat body. I da view la pognae, ergo, apa ntah lagi. Tapi tinggg nak jugak boba, walau ada review kata panas sebab tak de air mesh. I beli jugak sbb banyak video yang compare dia ngan ergo, banyak feature yang lebih menarik.  Em gi la google sdr ye. Heheh.

Yang i rasa

  1. Grip pinggang best
  2. Baby masok rasa stabil & kemas je
  3. Ada infant pillow eh kat dalam tu, so bila baby duduk tinggi sikit. Boleh remove kalau da tak nak guna.
  4. Kat bahu dia, ada tempat sangkut handbag
  5. Disediakan juga tempat letak kaki baby kalau taknak bagi tergantung gantung.


I rasa best je. I beli sebab

  1. Nak tunggu stroller.
  2. Nak guna kat tempat yang tak seswai pakai stroller.


I saje je ikot mama keluar kat sini ngan benda ni. Sebab nak biasakan. Ni 1st time guna. 



Ayah pakai kan. Kepala baby ok kat atas. Hehe. Kaki i tak keluarkan sebab ikot dalam manual dia kaki utk budak 4kg hingga berapa ntah, kat dalam bentok M. Pastu cam rasa janggal tau. Macam selonggok si danish ni kat dalam, takot kaki dia sakit.


Ni bila dalam kereta bukak, pastu mama pasang kan semula, em tenggelam mat Danish aku. Dia tido je. Siap check ada nafas ke tak de budak ni. Sampai masok kereta semula baru bangun. Suka la kot rasa cam kena hug, sambil bawak jalan2 , selalu dapat round dalam umah je kan. Tapi sebab 1st time kan, takot dia xselesa, jadi nak beli barang pon tak nampak barang, asyik tengok & check dia je. Huhu.



Ni semalam, test kali ke 2, keluarkan kaki, haa baru rasa moleek sikeek. Cuma kali ni before masuk danish tengah menyusu, kentot lagi, haha. Bila masuk dia cam aktif, tengok kiri kanan, pastu pipi mula la kena inner carrier tu. Da la aku tak tepok2 carrier tu buang habok2 halus ke kan. Baru dalam kete kawan puji kulit dia da baik putih bersih, huaaa. Terus merahh pipi and sideburn dia, sekali lagi aku tak tenang nak membeli. Asyik check muka dia je pulak. Last- last bawak keluar, carrier letak dalam trolley, terus rasa nak letgo carrier ni, macam tak seswai je mat danish yang sensitif ni nak berkurung dalam tu. Tapi pikir2, next time bawak la kain bersih alas area tempat muka dia akan touch tu. nasib baik kau hilang balik merah tu pas balik rumah, kalau tak aku bakor carrier ni. Tak pasal. 

Next time i nak cuba lagi, sampai i dapat tackle gangguan2 yang bakal tiba ketika menggunakan nye. Prob nye bukan carrier ye disini. Mak & Tokma dia yang kelam kabut & Danish yang sensitif. 

Pasal orang kata boba berpeluh setakat ni keluar sejam sejam je kat mall, danish tak pernah berpeloh lagi lah. 

Setakat ni, i rasa boba ok, rasa fit, kemas, ringan, tinggal nak seswai kan diri je. And oh, i masih mengharapkan orang pakaikan. Hidup saya ni, kena belajar buat sendiri, dlm setahun, 6 bulan i kena handle Danish sorang-sorangkan. So, stroller pun, atas nasihat kawan, i beli yang paling senang handle and ringan and compact and tak bulky and tak de possibilty danish tertinggal atas bumbung kereta.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

12 Response to "Boba 4G Carrier"

  1. myzaali says:
    January 13, 2014 at 10:21 PM
    This comment has been removed by the author.
  2. Nieda says:
    June 3, 2014 at 3:51 PM

    Naper pilih boba tweet ek, boba montenegro ok tak?

  3. ~shamimi~ says:
    August 18, 2014 at 4:10 PM

    Thanks for the review..i pon still looking ard nk beli bby carrier..ergo mahai sgt...

  4. Ainul Mustafa says:
    September 16, 2014 at 2:23 PM

    Review yg best.plan nak beli boba 4g jgk

  5. Anonymous Says:
    September 17, 2014 at 7:01 PM

    Kat mana ek beli boba 4g ni

  6. suhaida shukor says:
    September 17, 2014 at 7:10 PM

    Kat mamapanda.com

  7. Aini Ahmad says:
    October 15, 2014 at 10:34 PM

    Berapa rm boba kat situ?

  8. qasehanhmall.blogspot.com says:
    October 22, 2014 at 11:51 PM

    Belilah drool/sucking pad...boleh basuh...kalau nak prelove boba tu bagitau la ye...0192159927..tq

  9. Fazidawani says:
    January 9, 2015 at 1:15 PM

    minat juga ngan boba 4g ni tapi masih survey lagi.
    http://ddiamondvitshop.blogspot.com

  10. Macam Macam Mall says:
    January 13, 2015 at 11:47 AM

    yess! sama lah boba kita tweet tweet ehehhe
    selamat ber boba :)
    http://syirashahar.blogspot.com/search/label/Babywearing

  11. Arinie Ghazali says:
    August 16, 2015 at 10:51 AM

    Macam best je. Akak tgh survey utk ank ke3 ni

  12. Unknown says:
    October 27, 2017 at 3:16 PM

    Choose comfort, safety and ease when picking out your baby carriers and baby slings. Baby Carrier Malaysia Shop online at our site Motherhood.com.my for the best range of baby carriers and slings that your baby will love.


    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/baby-carriers-slings/

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates