Honeymoon- Gold Coast Part 3

So, perkara yang paling tak best kat Gold Coast is makanan. And time ni la rasa, sayang nya Malaysiaku, negara islamku, yang menjaga makan minum rakyat muslimya. Nyeh nyeh. 

FOOD

So, kitorang a bit takot-takot actually nak bawak makanan dari Malaysia, since Ausie mmg strict bab2 ni, tuna spread pon kena buang i baca blog orang la. So, kitorang bawak megi, instant soup, biscuit, nuttela. macam ala bawak sikit je la. Kang banyak-banyak kang kena buang membazir duit. Tapi none of our item kena buang pon. So kitorang da plan nak beli kat woolworth. Woolworth ni tmpt beli beli barang cam giant ke apa ke kan. tapi xde la murah mana.

Mula-mula sampai airport suruh oko beli air mineral. So Oko bought air mineral, which cost him $4 which is RM 12 for a small mineral water. Kat airport Coolongatta memang tak de kedai halal. Semua pon mesti nak ada bacon lah kan. So tak payah tanya lah halal ke tak.Kalau halal, australia pon ada sijil halal dia yang akan digantung didinding kedai. So kitorang cam, tak pela, kita masak air kat Hotel kita refill je la daily. If not membazir. kat woolworth pon macam $ 2 ++ gak. dalam RM 6.


Pizza & Kebab ni pon ada tanda halal gak. Tapi kitorang tak gi. Kitorang gi theo's kebab.


So, ini adalah Theo's kebab yang kalau baca blog orang seme nak cakap theo's kebab. so satu kebab dalam $9.50 so dalam RM 30. Can you imagine, mineral water rm 12, kebab rm 30. Bab makanan memang pangkah. 



So, kitorang order satu beef satu chicken. oko la ambik beef. ee beef dia xsedap rasa lain. ayam dia ok lagi.


Actually satu ni boleh makan dua orang. kalau pmpn la. lelaki i xtau la.



And, ada satu malam dalam pukul 10 malam, kitorang lapar nak makan, so singgah kedai arab kedai Sahara (gambar di atas).  Dalam $18 less than RM 60 la kan per plate. I ok je. sebab i mmg tak lalu makan. Oko plak memang bukan lidah arab, kat Malaysia Saba pon tak boleh telan. Tapi dia layan je la. So basically memang kebab, makanan arab je la merata-rata kat sana.



Yang ini masa kat Harbour Town, at last jumpa Nando's yang Halal. Makan sepenoh hati. Hehee. Harga Nando's ok, kalau convert sama je ngan Nando's kat Malaysia, tiada kerugian. Dalam $28 whole chicken,chip, drink. kalau yang begini ku convert kan masih ku terima akal. kalau kebab etc memang whateva.

So kedai yang kitorang dok cari is kedai maharani eh yang kata ada roti canai ke apa ntah tapi sampai sudah tak jumpa, yang jumpa kedai Golden Legend Malaysian Seafood ni. kedai ni halal, ada certificate. 

So nak jugak nasi kan, ha makan la kau 1 plate nasi goreng  $14 bersamaan rm45. macam ok kat malaysia boleh dapat 10 pinggan or more.


Sebab tu agaknya orang Malaysia kat oversea selalu rindu masakan Malaysia. Memang ah, cakap ngan oko, pasni kita gi Pulau Redang, Terengganu je lah. At least kita boleh enjoy food. Nak jalan mesti nak enjoy food tempat orang kan. Ada hati Venice, Rome, etc. Lol. Walaupun sebenarnya ok GoldCoast ni, tapi sebab makanan fail, jadi macam, emm tak nak datang lagi. Heheheh.

So total cost for food selama 6D5N adalah $143 = RM 463 termasok la air, snacking. So budget tak burst la. Masih dalam expectation.

SOUVENIR

Kitorang sampai hari jumaat. Jadi beachfront market bukak hari Jumaat and rabu je, which hari rabu da balik Malaysia. So hari Jumaat tu teros la, tgk2 souvenir kat sana. So beli la keychain dalam $25 dapat dalam 19's la. 1 dalam $ 1 which is RM 3, ok lah. as in my budget tak de lah over untuk 1 keychain.

Itu je la yang murah, pastu tak de la banyak sangat souvenir kat sana. keychain tu je la. Pastu jalan2 ada kedai belakang hotel chevron. Mcm eh pencil case ni 3 - $10. Eh yang ni satu plastic coala's $4. (padahal ada kedai jual coala 12 biji satu plastic tu $2 je, ini je la yang silap. yang lain ok). So hari pertama da belanja kat 2 tempat utk souvenir dlm $ 50. Pastu cam ok sabar, setiap hari kita round lagi tengok kedai lain.

So, masa malam hari sabtu, lepas pergi observation deck, then gi cari makanan, nampak kedai ni lah. Macam suka t-shirt dia. embroid. 3 helai $ 20. So pergi dua kali, malam ni, ngan malam before balik, beli dalam 18 helai which is $120 dalam RM 390 gak lah. souvenir i kira duit i je la, oko punya lain kira. 



Pastu depan sikit nampak kedai ni, Golden Legend Gems. Ms Joyce nama owner dia. She's Malaysian. Menetap kat sini da 15 years.



Kat sini nampak la org2 Malaysia. Kat sini ada jual T-shirt, tapi T-shirt tetap menang di hati is TAX-FREE-SHOP. Kedai GOLDEN LEGEND GEMS ni dia tau kita Malaysian dia bagi la magnet instead of 3, dia bagi 5 magnet $10, so total i beli magnet dalam 15, so $30, which is RM97. Lagi item i beli kat sini, is jam, bagi mama satu nenek satu, satu jam $10. Ok la bentok peta coala, kangaroo etc.   


So, ini lah hasil tangkapan.yang Cap tu beli kat Movie World. 1 cap dalam $15. I beli 4 untuk nephews. Untuk Aisyah i beli beg kanggaroo same price kat paradise country. Demi adil. Lol.


So ini la tshirt yang diperkatakan di atas.

So, total loss utk souvenir oleh us adalah $ 461 = RM RM 1496. Which i yang RM 900++, oko beli ciput je lupa la tu family dia ramai, kan daa, i cukup yeyyeeyy, kira kat tempat kerja i letak seminggu pon, masih ada balance and masih boleh bagi mana yang lupa ambil, family pon dpt, kawan baik pon dapat, rasa seronok sangat tak de rasa serba salah terlupa sana sini. ;)

SHOPPING

So hari selasa, before balik kitorang ke harbour Town. Of course la cari brand-brand yang murah kat ausie kan, cam item roxy, quicksilver, walaupun da xzaman i, beli la untuk adik.  



Yang Ralph Lauren ni kegilaan oko. 1 polo shirt $30 tak sampai RM100. Tak tau la sampai Aussie ni dia jadi over gila shopping dari i, seme nak beli, lagi2 short, iyekan je la. So dia beli 1 dulu baju, aku pon pau satu gak kemeja $50. Pastu da la nasihatkan dia da la. Bila keluar dia kata, polo RL RM 100 je. kat Malaysia mana nak dapat. Ok la patah balik.

So beli lah dia 3 item tambah pula baju utk aku, ayah punya i belanja lah yang depan tu.


Wallet Quicksilver utk adik i, wpun oko da nasihat tak payah la yang corak tu, beli yang plain. degil. beli. betol adik tak suka. semua rebot yang takde tulis apa-apa tuh. Told ya suhaida. Yang Short tu Oko lah. 


Pastu nampak Oroton, mula-mula nak beli untuk mama, sebab tadi da beli untuk ayah , sian mama, (tu yang cover beli jam peta tu, LOL), pastu oko cam, get something for yourself. ha;a besok nak balik, tapi seme pon nak bagi orang. Oko asked to pick one, and mempersilakan bayar sendiri. Haha. $64. Purse. macam how i wish i can buy for Mama, Kak Long, Kak Teh. Tapi, beli sdr la korang eh.Haha. Da la memang murah kat sana, pastu seme nak 70% off, jadi ah camtu. Gila.Tapi i tak rasa nak shopping, sebab kat Malaysia macam puas shopping kan, so macam nak cari barang suvenir je. Sampai skang dalam paper bag lagi. Sebab kalau baju, memang sakit mata kalau ulang banyak kali, tapi i kalau purse, beg ke, i cam tak kesah sangat pakai lama mana, sebab lagi lama lagi sebati and sayang.

So total loss utk shopping = $ 415 = RM 1347. Yang ini terbalik pulak yee.. i spend RM 470 je, yang jejak seribu tu Oko la yer.. Nampak kan terbalik duit kitorang spend Haha. I souvenir, Oko shopping! LOL.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

6 Response to "Honeymoon- Gold Coast Part 3"

  1. nur hidayah isa says:
    April 22, 2013 at 3:27 AM

    kalau selalu convert mmg kelaparan la nnti sbb asik pikir mahal jer. hehehe. yup2 betul. dok oversea mmg rindu gile masakan malaysia...nk balikkkkk

  2. Suliana says:
    April 22, 2013 at 8:04 AM

    mekaceh lah bagi souvenir utk kami . hehe.. nak tunggu pegi sana bilalah dapat nye..

  3. Ryzal Rizal says:
    July 25, 2013 at 8:32 AM

    Menarik info yg awk tulis ni. Saya akan ke GC next month.
    Boleh saya tahu lokasi Golden Legend Gems tu? Sebab bila saya google, kededudukan dia, dekat Mantra Legend.

    Boleh saya tahu juga souvenir shop Tax Free Shop di mana?

  4. Ryzal Rizal says:
    July 25, 2013 at 8:33 AM

    Menarik info yg awk tulis ni. Saya akan ke GC next month.
    Boleh saya tahu lokasi Golden Legend Gems tu? Sebab bila saya google, kededudukan dia, dekat Mantra Legend.

    Boleh saya tahu juga souvenir shop Tax Free Shop di mana?

  5. suhaida shukor says:
    July 26, 2013 at 3:29 AM

    Tax free shop tu berhadapan dengan Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant (You mesti akan cari restaurant ni punya). Golden Legend Gems tu sebelah dia.

  6. Ryzal Rizal says:
    July 26, 2013 at 9:15 AM

    Thank you.

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates