Swimming class

Harini, class ke 7 danish. Haih budokk ni kan. Menjerit je keje dalam kolam. Step sama je aku ajar . Keje dia berpaut kat leher je. Dia asyik nak pergi kolam sebelah yg ada slide. 

Step 1
Letak anak tepi kolam, kita tunggu dlm kolam, suruh dia terjun or tarik badan dia, so badan dia akan jatuh horizontal. Yang tu favourite danish lah. Step 1 ok step 1 favourite dia. Tiap2 kali masok kolam kena start dengan ni dulu.

step 2

Aeroplane. Kita pangku badan dia kat tangan kita. So biar dia gerak kaki n tangan dia. Yang ni la yang dok berpaut2nya. Padahal xde pe pon. 

Step 3.

Passing. Pass dia tu ke partner. Tenggelam kan dia n pass dia ke org depan. So dia akan float sendiri. Mula2 je berjaya. Pastu dia xmo da. Makin hari makin xmo. Dia tau da aku kiri 1 2 3 tu nak tenggelam kan dia

harini bawak noah sekali, alang2 ada Noah, test kat kolam sebelah. Sonang je. Kaki badan xkeras. Follow je.

Huhu. So next time, sorg ajar danish kolam sana, sorang ajar noah, kolam lg 1 while tunggu danish abes klas lol.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Update : Noah

Selamat pagi,

Berblogging sambil pump susu.

Boring pump sorang2 dlm surau ni.
Lets talk about Noah.

Noah minggu ni da nak masok 9 bulan.
Berat 8.5kg. Em tak naik 1kg per month da la cani.

Mat noah ni kategori cepat jugak la progress dia. 6 bulan da merangkak. Danish dulu 8 bulan baru nak merangkak. Now noah da pandai lepas2 tangan untuk berdiri.

Noah ni jenis senyap je. Tapi ligat dia sama je cam abang. Tapi version hok molek sikit. Kalau abg dia tdo or xde , baru la boleh nampak perangai noah, klw  x ade je abg nak overshadow adik dia. 

Noah ni, tak boleh la naik kete klw mama dia yg drive, komfem dia nangis cam xcukup nafas mintak ambik. Kadang terpaksa pegang sambil drive or benti susukan kat petrol pump. Tapi pas back to org lain komfem nangis semula.

Ni pon da day 4 dia demam. Xtau la pagi ni demam lagi ke x. Rasa nya pagi td x panas pon. Hopefully da ok la ye.

Mama doa noah membesar dengan baik & sempurna. K tata titi tutu
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Update : Danish

Assalamualaikum..

Lama xupdate pasal anak.

Muhammad Danish

Esok danish dah nak masok 2 tahun 5 bulan.
Perkembangannye hemm.. Makin pandai bercakap, kuat berangan bercakap, nakal nak perhatian mama dia, selalu buat adik dia, suka gigit la tepok muka la, tapi kadang baik sgt sayang adik dia, mama masih pening nak paham danish. Masa ada papa danish ok. Bila xde papa perangai danish world class lah. Teros dia jadi melekat belakang mama, buat perangai, tokma kata dia takot mama dia hilang depan mata dia. Yelah mungkin dia sayang sgt mama dia ni, sampai xboleh hilang depan mata, nak ikot je sampai ke jamban, sembahyang nak duduk atas mama, tido pelok dia. Mungkin dia xpandai express lagi. Mama pon mcm hilang focus 2 bulan ni. Mama mintak maaf xdpt jadi mak yang sempurna tahun ni. Doakan mama jadi lebih baik yer.

Danish banyak belajar dekat taska, motor2 skill ke , abc ke 123, taska tu aktif mengajar budak, xyah hantar playschool, bersyukur sangat. Nak harapkan mama ni, tah apa la yang danish dapat. 

Pastu danish kuat minom susu, nenen tu dia nak ngada2 je, makan kalau kat umah tak de nye dia nak makan, kalau ada kawan2 makan baru dia makan.

Oh ye, Danish pon da makin tinggi. Da pandai bukak tombol pintu tu. Ingat ke ada orang bukak kan. So tgh berak ke kena lock lah. Heheh.

Dia kalau nak mandi, nak mandi sama2 ngan lego dia dlm tub baby tu. Kalau kita amek wuduk ke gosok gg ke, ada je mamat tu sekali. Hehe.

Sabtu ni nak bawak dia belajar swimming. Memandangkan dia sangat suka mandi kolam, and tak takot n trauma utk tenggelam kan muka or poyo2 berenang. So lets see how. Hope he do it well.

I love you baby boy. Walaupun mama selalu marah danish, tengok mainan, nak pergi mana tak de danish, rasa tak kena pulak, tapi kalau da bawak rasa cam  wrong decision plak. Hahaha. 

Potty train xtrain2 lagi lah. Xkuasa pikir nak kena mop lantai. Tunggu papa dia handle lah.

Hehe. K tu saje update kali ni. XOXO
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Massage

Heuheu.

Suhaida ni jenis xrajin & xterlintas nak ke spa2 ni. Klw kat kampung, senang la soh tukang urut dtg kan. Available aje. Kalau kat sini, laku tukang urutnye pastu kena amek plak tu. Malas la i.

So i pergi spa rania stalista kat bangi gateway. Sebab? Uiiii tulang da stiff badan da sakit2 urus hanak2.

Kat spa rania ni. Hari selasa hari murah dia. Kalau hari biasa rm 78 ke 88 ntah. Klw selasa dapat rm 58. Pastu beli beberapa jam terus dengan harga hari selasa tu , and boleh guna utk hari apa2 je asal call dulu booking. Cannot walk in.

I beli 6 jam teros da guna 1 jam setengah ritu. Sekali ngan scrub. Scrub rm 48. Tp klw wat membership yg rege rm 58 tu. Scrub jadi free.

Setakat ni i penah try soa ni je. Tp urutan dia best! Kena seme tempat. Layanan pon baik. Tp scrub dia bau susu angat. Nak muntah pon ada bau susu kuat sgt. Tp klw ada scrub sendiri bawak je ka bagi dia. 

Ritu aku off jap kerja g massage. Habis massage & scrub kol 12 mandi teros siap2 kat sana.

Aku beli membership tu, dpt free 10 sauna + 1 scrub + 1 manipedi ke apa ntah.

Tp tiap2 bulan mmg kena pegi ah. Baru ringan badan ni.

Kawan lak asik kata thai oddysey lagi sedap! Tp kat ioi city mall la. Alaaa jauh laa. Kalau kat mall2 ni kena off 1 hari gituu. Hahah

Husband pon i carikan 1 tmpt massage. Dulu bawak dia g Thibbuljawi makk aihhh mahall nak mampos. Mmg xg da la pokai gitu je. Kali ni bawak dia g darul syifaa kat bangu tu. Seksyen 15. Dekat je ngan tmpt massage i. Tu pon i tanya org spa tu tmpt urut laki kat mana . Org tu kata biasanya bila wife urut sini, husband dia g  darul syifaa tu. Murah je rm60 sejam. I lioke. Sbb husband mmg xbape proaxtive kan. Mak la kena carikan dia tukang utut. Klw x dia buat je badan sakit2 tu.

Pas ni i manja2 kan diri lagi la. Cam sonok plak. Try g spa lain yg best bab kulit2 lak. Lol. Makin kawen makin nak cantek kan. Dulu xcamni angat. Hahah



Tu ada tmpt gunting rambot, hair treatment. Belom try.


Ni bilik massage


Ni membership package
Ni as syifa tmpt urut suami. Dalam suami kata kayu2 je. Luar je cantik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Outing with kids

Actually sabtu lepas aku bawak mat danish, noah & bibik pergi ioi city mall. Kalau ikot kan perangai aku ni. Mmg aku perap kan je anak2 & bibik dlm rumah. Xberani nak bawak keluar. Lagi2 dengan kes sekarang ni kan. Tp sbb danish da besar & dah terbiasa papa bawak keluar setiap weekend. So aku kena plan tiap2 minggu apa aktiviti dengan dia. Even malam weekdays pon.

So kol 8:30 pagi siapkan diri & anak2. Kemas beg diorg mcm akan balik mlm. Incase nak g mana2 lagi ke kan. Bawak susu danish & pump 2 botol susu utk noah. 

Pukul 10:45 sampai la kat ioi city mall. Pagi sangat tau. Takot xdapat parking. Direct park kat zone A. Da tanya siap2 kat org gymboree tu parking mana. Takkot aku xjumpa jalan pulang nanti. Huhu.

Masa sampai. Aku keluarkan stroller. Angkat beg masok bawah stroller. Masokkan danish dalam stroller. Pakai kan bibik carrier. Masokkan noah dalam carrier. Pastikan semua barang2 xtinggal (Padahal ipad tertinggal dlm kereta, nasib xde org pecah tingkap). Then, Ambik gambar tembok parking, takot balik nangis kete xjumpa. Then naik lif ke gymboree.

Sampai je gymboree class music start 11:25am. Play area xboleh main sbb ada
Class. I bayar dulu la. Class music rm100 for 45 mins + playgym rm 30 per hour.So kitorg pergi la makan dulu kat food junction. Kat makan2 ni la ketenangan n keteraturan dalam kepala ni terganggu. Danish kalau bawak makan mmg out. Meronta2 nak keluar stroller la. Suap xnak makan lah. Nak main ngan air lah.  Sudahnye makan rushing & mak emo. Pastu ok control mood balik. Sbb aku klw mood celaru, celaru la segalanya. Class pon da start .

So bila masok kelas tu. Ada sorg budak je. Nama denise umur sama ngan danish. Danish plak menangis2 xnak masok kelas tu sbb dia da aim nak main kat playgym.

Terpaksa la distract dia dgn ball & barang2 dlm kelas tu. Mula2 dia malu2. Lama2 xmalu da. Tp denise tu bagus ikot arahan.  Danish being active boy yg easily distracted. Nak itu ini. 

Kalau kelas tu murah ok la kot nak g weekly. Klw walk in 1 class rm 100. Klau nak murah & mmg nak anta selalu..

Package dia lebih kurang camni

rm 950 12 class habiskan dlm masa 3 bulan. Tp xleyh campor class. Klw play art art lah. Play , music kena bayar lain. And utk danish sahaja.

Ada yg rm 1800 utk 24 class habiskan dalam masa 6 bulan.

Ada yg rm3800 utk 48 class habiskan dalam masa 12 bulan. 

Dua yg mahal ni. Boleh combine noah &danish n dpt la class2 free lain.

Class dia da siap2 ada jadual ikot umur & class. 

Tp as for me no la. I will come once in 2 month je. Klw tiap2 minggu kalah harga taska . Kawan aku aen cakap, kat uk free je benda2 ni. 

So after music class aku bg dia main kat playgym tu. Sesuai ngan interest dia berlari2. Panjat2 main ball bagai. Next time kalau g , nak amek slot play class lah. Ada conductor dia. Nak amek package tu no la kan, kuasa plak aku dtg tiap2 Minggu nak habiskan dlm masa 3 bulan.

Pastu habis je main. Tukar pampers danish & noah. Bg susu kat both baby. Then g mothercare. Beli baju noah, swimming pants noah, socks noah , teether Noah & mainan danish 1 (nak jugak).

Pastu cont drive to subang. Cari kfc drive thru. Lapaar. Xkan nak dtg umah org lapar2. Nak beli kat ioi xmo dah serik bawak danish g tmpt makan.

Sampai umah in law kol 3. Makan semayang. Danish cam biasa aku nak smyg dia nangis, nak kena tengok dia makan. Aku xde dia nangis xnak makan. Xmo ngan org. Noah plak menangis cam kena sampok. Aku ingat ke ternampak apa2. Sebab dia bukan budak yg suka nangis xmemasal. Dia senang punya budak. Tp dia nangis bagi susu xnak apa xnak. Upenyeee dia da kenal orang. Bila makcik2 dia pegang habis jebik nangis xsudah. Selama ni dok umah je kan. Xperasan plak dia gitu. Besar da anak mama tu.

Then magrib mandi 2 anak. susu kan. And gerak balik kajang. Sampai umah isyak. Makan makanan kak ipar bungkus. 

Seronok & puas dapat buat seme tu dengan tenang. Knowing me yg sangat serabot & panic kan. Xzangkaaa i can handle. And both being so baik in car. Tidoor je. Selalu nye enish tu klw dalam kete menjerit2 soh keluar kan dia dari car seat. Kali ni pergi balik dia tido. Pastu balik rumah ajak sambung main. Dia xtau aku sakit badan sampai selasa g massage plak. Haha. Ok cite massage sambung next entry.



Me & kids & maid. (Maid ni mengikut arahan je, xsama la klw kita kuar ngan sedara ke adik ke somi ke yg kita boleh depends on)


     
Danish at gymboree playgym. Gamba kat  music class kat IG la yer.

 Bibik & noah tunggu sini je. Tapi last2 aku bawak je noah masok. Dia xmain pon xyah bayar.

Cakk! Noah da masok sekali. Noah nak join jugak x next time? 

Danish playing his toys with subang's cousins.

Hope you enjoy & happy. And hope that im doing the best as mum. Pat your shoulder.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Danish - 2 years old


Pada 1 Nov lepas. Danish dah pon masok 2 tahun. 

Taska

Sejak lepas pantang tu, danish kan masok taska baru. Taska tu mcm lagi banyak activity la compared to taska lama. Danish pon da pandai respon tu rhymes lompat si katak lompat ke apa. Kat umah main ipad tgk bideo lain kan. Hehe. Pastu balik taska penat la aku tunggu dia nak main mainan luar taska dulu. Bergado2 xnak balik nak main. Makan pon bagus  baca doa reramai. Owner dia pon ada dip pendidikan kanak2 & degree psychology. N dia tampal la kursus first aid, pemakanan yg dia da pergi before bukak taska. So yakin la kan. Pagi & petang ada aktiviti. Pagi cam main air ke pasir ke kat luar. Ptg main mainan dlm umah. Tp pastu jerebu xtanya plak da restart balik benda2 tu. 

Tapi xbestnya ada 10 kids yg 90% boys. Kalau taska lama tu umur2 dia sikit je. Xde pe nak digado. Yang ni aduyai seme umur lebih kurang. Da 2 kali balik ngan bekas gigitan. Danish dia kan mat provoke kan. Komfem la dia yg rebot barang org ke apa ke xnak ngalah ke apa. Dapat la gigitan. Pastu rini dia kena cakar. So dia plak balas gigitan. Haih belajar sesama sendiri ke apa ni. Pastu dia pon makin mengasar la budak ni. Tension plak aku kadang dia genggam daging2 aku yg xde daging ni. Da biasa bergado2 agaknye. Kasar dahh perangai nye. Ringan je tangan2 dia pukul org sejak2 masok taska yg baru ni. Haih you gain some you lose some. 😭

Makan

Makan cam biasa. Kat taska org tu kata makan banyak. Kat umah xde nye. Bukak mulut kecik je. Menyepah meja. Baling nasi kat muka aku ni ha. Menguji sgt makan ngan dia ni. So aku guna teknik spiderman makan lah baca doa 10 kali makan cite2 ngan dia pasal chicken, cow. Yg penting habiskan la nasik tu nak.

Adik

Perangai ngan adik tu masih sama je la. Kena perati la. Suka sangat terjon2 sana sini. Kang terkehel adik ko ni nish. Yang penting noah kenot tengok ipad dia. Rattle noah, pon dia rampas. Playgym pon sibok nak masok. Xleyh tinggal noah dlm nunaleaf. Dia suka terjun2 . Haih. Tapi sayang benornye la kat adik dia. Sarah nak merangkak dekat kat noah pon dia warn "nooo, ngann wat!" Kadang nak g toilet risau pk tggl dia ngan noah. Terngintai2 aku. Legaa tengok dia tgh usap2 kepala adik dia & kiss. Depan kita kaki la kat adik. Belakang sayang kot.

Aktiviti

Takde papa dia ni. Puas la mama tiap2 ari beraktiviti ngan nish. Weekend da beli kolam as activity dia. Malam2 dia suka main playdoh. Pengaruh ipad youtube yg wat askem pakai playdoh tu. So aku wat kan la. Sian excited dia, woww wowww. Bersinar2 mata. Ahhaha. Sok nak try bawak g gymboree plak. Kolam bagi main ahad je la. Biar berat sikit kepala dia tdo cepat. Ahhah. Nanti papa balik sibok ke sana sini da. Mama oncall lagi komfem makan 2 weekend. 2 weekend lagi belah papa & mama. Papa xde mama la kena layan anak mama yg makin besar ni. 

Nenen

Aduiii. Bab nenen ni kadang angin gak aku. Dia paling over. Lebihhh dari adik. Klw nak nenen kan adik, kena nenen dia sekali. Sanggup dia benti susu botol or tggl ipad dia, sebab nak berjemaah nenen ngan noah. Kadang noahh xnenen pon dia yg nenen. Tdo noah xnangis pon nak nenen. Dia yg sik nangis nak nenen. Susu tgh banyak ni boleh lagi la bg enish. Ok gak xde la penoh nak kena pump. Klw da sikit xleyh la. Cuma naik emo bila dia nenen je. Xbest ok suction dia. Cam rimasss! Da laa! Ha.. Kiri kanan tau sape xhemoo klw setiap masa ada je. Tekanan mak.

Hehe. Panjang plak update pasal danish ni.  Gambar cam malas plak nak masok blog. Nanti senang2 org google & save kan. Da la xkenal. Unless Ig or FB boleh control lagi kot. Kalau google to wide la gambar tersebar. Mcm xyah la. Blog hapdate ayat je la kan. Heee. Taata.

Hopefully esok berjalan lancar g gymboree tu. Su kena belajar berdikari. Anak da besar. Nak harapkan suami sentiasa, sampai bila xkemana2.

Nunite




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ya da ya da

Dah 2 minggu suami offshore. Biasanye 1 minggu awal tu emosi tak stable, tp kali ni 2 minggu jugak la. Sebab anak 2 da kan. Kali ni ada bibik. Yang baru sebulan lebih. 1st time kerja as maid. Dari kampung. Tak paham bahasa kita sangat. Baik tp slow motion n xmengikut arahan sbb language barrier atau wax barrier aku pon xtau 😜.

Masa suami ada, aku xamek port sangat pasal bibik. Biar la oko yang train. Tp bila oko da pergi laut. Hemm bibik yang slow itu mcm xmembantu & menambah sakit kepala. Jadi aku da bertukar jadi majikan yang garang. Garang , dia akan sentap/mogok tp besok nya dia usaha jadi / ubah apa yg aku tegor.

Setakat ni. Rumah & danish dia boleh handle. Hasil crisis antara aku & dia.

Masa dia mogok tu, emo jugak lah aku. Ranting kat kawan2 asal oko kena kerja laut, xsama maid dengan dia and all. Somemore danish perlukan attention. Sepanjang malam mmg attention dekat dia je. Kalau x dia buat hal. Tidor pon buat hal. Suruh bukak baju la, bukak stokin la , padahal sebelom tidor aku da bukak kan stokin dia. Danish2 ..perangai dia memang la, tido pon meragam. Apa la yg dia mimpi.

Aku plak tak reti control marah. Tp aku cuba lah. 

Ntah lah. Aku jenis marah 1 hari kaw2, esok aku lupa & deal with it. Contoh, marah suami aku keje laut, ngadu kat bff depress nya aku, pastu besok da ilang marah tu, em gitu balik. Marah bibik, nak tukar dia nak tukar dia, esok aku kesian balik, deal with it.

Gitu lah aku ni.

So husband tetap kat laut.
Bibik pon aku xjadi nak tukar, sebab marah da ilang. Kesian nya lebih. Pk dia org susah. Kalau aku hantar dia balik, sian dia xdpt duit yang dia nak wat balik utk fam tu. 


Kadang aku pk, mungkin apa yg ada kat sekeliling aku tu, reflect dari diri sendiri. Kalau aku happy, danish happy bibik happy. Kalau aku marah2, bibik xhappy, and semua jahat n cela dia aku nampak. Kalau aku positif, mungkin aku nampak yg positif je. 

So aku ubah diri aku dulu lah. 

Aku mengalah, 
Untuk suami yang nak mencari rezeki.
Dan utk bibik yang nak mencari rezeki.

Sebab setiap orang, ada impian masing2 dalam hidup.

Me, i have my solution. I just need ears for my rants , a day. And i'll be okay again. Just that.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates