Semi open hauz

Assalamualaikum. 

*sambil bersih2 sawang kat blog*

Sambil mengepam kita hapdet2 sikit lah. Nak hapdet pasal pencapaian hidop. HAHA. (tak habes pon hapdet, sambong masa oncall plak ni, HEHE).

Hari ahad lepas weekend ke 3 raya, kita ada panggil orang2 dtg raya umah kita. Sebab kita teringin sangat nak org datang raya, kita masakkan something. Walaupun masak yang hado je kan. Since kakak ipar nak datang, plan buat mee hun bakso la. Kena try ni buat something. Pastu rakan kerja yg dok satu taman ada buat open house, kita pon sibok soh rakan kerja yg dtg umah dia tu singgah umah kita. Lepas tu kita xtau la nak agak berapa. Pastu husband kita kata masak banyak sikit tau, nak jempot kawan dia gak. Deboorr pulopp kita, terus whatsapp backup dancer aka sisters, diorg kata nak masakk apaaa, kena la masak banyak2 stakat beehun tu 1 keluarga jee boleh makann. Tapi kita da terjemput ni. HAHA. da la first time nak ajak orang datang makan-makan, nak masak sendiri ada hati. 

Kita pilih bee hun bakso tu sebab masa kat kampung kak teh wat bee hun soup bakso tu, da la sikit, tp sampai ke malam org datang masih boleh makan. Sebab mama kita yg topup kan soup tu kat belakang. Mama kata bila soup tu da nak abes, tumis bawang merah, bawang putih, perencah soup atas dapor, letak garam semua, curah balik dalam periuk noxxa tu, stir & fry. Jadi semula. Tulang2 dalam periuk tu jangan cedok bagi org lak. Tambah bakso. Kejap je da topup kuah. Mee tu celur je la. So ok cammm ok kalau habes senang je ni. sebab nampak sangat simple yet orang datang masih ada makanan.

So projek bermula pada malam itewww. Mula-mula buat sambal kicap dolluu. 

1st time juga buat sambal kicap. (bersama sayur hiasan iteww)

kita amek segenggam cili api, gula, kicap. kita blend. pastu kita panaskan atas kuali, supaya tahan lama. kita sik tambah gula je sampai da tak pedas pule. hehe.
Pastu kita start rerebus tulang temulang itu.

Periuk noxxa beli ngan mama. Mulanya nak beli periok masak atas dapur. akak kata, daripada ko beli periuk 200-300 baiklah beli periuk noxxa je dari mama, rm 500. oh 500 je? aku ingat seribu lebeyh. tu yang mama promote2 aku tak beli. patot la aku beli barang electronic lain kena perli ngan mama, yang lain boleh beli, periok mama tak nak beli. ok2.

Ni tulang lembu kena biorkan 20 mins, pastu tidor, esok sambung topup air. Masalahnye aku ni sik rasa-rasa cam tak cukup rasa dok tambah garam. bagi husband rasa dia kata cam air pipe?? soh kak teh rasa kak teh soh tambah halia. soh kak long n abg long rasa diorg kata masin. so solution nye tambah air je la segelas dua.

Ni sayuran2 hiasan.

Mee hun. Kalau ikot kak teh. tak yah celor ngan air panas. celor dalam air biasa je. Mama kata celor ngan air panas. Kalau style kak teh tu boleh, tapi make sure kuah masa bagi orang, kena panaskan. tapi aku celor je la. 

The bakso. bila nak cedok2 kat orang ilang pulok kau.

Tumis rempah 4 sekawan.serai. halia, kena lebih. Masokkan tumis ( bawang merah, bawang putih, 2 paket perencah sup adabi). tekan stir & fry. Then masokkan tulang temulang itu, masokkan air. tekan high pressure 20min. Kalau nak bukak selepas tu, kena keluarkan pressure dia dulu, kalau nak bukak esok pagi, tak payah kuar2 kan pressure bagai. kalau pressure tinggi periok tak leyh bukak. pastu tambah air and garam. tekan stir & fry semula. rasa la sampai tak rasa air pipe.zzzz.. pastu tekan keep warm.

Esok paginya settle kan lah buat soup tu and potong-potong sayur. Mama kata bakso malaysia ni asal hentam je sayor2 dia. Tu yang lobak seme tu. indon nye pure i xtau la, ikotkan diorang tak pakai tulang kan. dia pakai sumsum eh. em before ahad, Dah pesan da sebelom tu lagi, ahad jangan gi mana-mana yer. saya nak wat keje. Tapi start Kol 10 hubby da kuar umah cari itu ini. Seb bek mat danish baik je perangai. Dapat la siap bee hun soup bakso, sayur2 dia, spagethi bolognese, ayam goreng ayamas. Kol 12 hubby amek sate 300 batang. nasib wife emosi stabil, thanx Danish bagi kerjasama.

Hubby ni jenis tak suka sangat kalau masak-masak nak bawak sudu bagi dia rasa. ntah apa yang dia tak nak bukak mulut ntah. Asik2 kata "saya tak suka" " boleh tak confident je dengan rasa tu". hello i nak mintak pendapat, tak suka bila da dalam pinggan baru nak komen macam2. ntah la, memang gitu tiap2 kali masak nak kena sentap. Before org datang hubby da rasmi kan soup tu. Dia kata cam air pipe. bersabar la Suhaida. berdarah hati ini. tadi bagi ko tak komen langsungg. Kak long datang, suami isteri tu try kata masin. So just tambah segelas dua air la nak kasi balance. Kak teh soh tambah halia banyak2. 

berdiri dari hadapan : Kek coklat (by kakteh, TQ kak teh!),  mee hun (kuah dalam periok, oko tak jumpa flask, last skali letak dalam periok vision tu), spagheti bolognese (ingat nak buat carbonara, tapi xpelah), ayamas (masak sikit2 guna airfryer, habis sepeket, masak nugget la, easy peasy), sate baung (dap2).

Berdiri dari depan : Air coke (beli before boycott, sbb murah, husband bukan i eh), fruit cocktail (yang ni pakai air soda), air oren (patut nye dia minoman utama , bape kali aku ulang alik buat lagi n lagi), coffee.

Fruit coktail tu, masok kan 2 tin susu cair,  1 tin buah-buahan cocktail, buah laici, nata de coco, 500 ml air soda, 2 sudu susu pekat manis, and ice, (dari blog jannahsiddek.blogspot.com, TQ, hehe)

Tetamu pertama adalah kak teh, yang memberi janji pelesu nok mari pagi-pagi. last-last sekali da settle baru datang. lol. Kol 2 orang datang. Kawan kerja, kakaks & kakak ipar, pastu kawan oko.Eh asal cam ramai serentak2 datang ni. Cukup ke cukup ke. Debor aku tengok makanan yang sikit, mana nak letak muka kalau tak cukup. HEHE.

tetamu pertama yang kemudianye mengelap armchair yang diduduki itu. kerana menumpahkan cocktail. haha.


kawan-kawan dari spital. Maceh datang. hilang kejong jap. baru rasa natural, HAHA,

Kawan-kawan husband. lagi menaturalkan keadaan. Suhaida da tak kekok lagi.

Before maghrib kawan-kawan husband pon balik. Last tetamu sorang je. kawan kerja laut oko. semayang magrib then balik, diikuti oleh kak teh.

Husband nye kerja. kuih kat dapor dia kuorkan ngan bekas-bekas asal tu. zzzz.




Selepas majlis.

Sate balance bawak gi tempat kerja esokknye.


Oh, Soupmee hun tu kakteh & kaklong topup kan, takot tak cukup ke apa kan. Nasib ada mereka. Bila org da balik baru sy makan seme makanan tu,  Xde la terok sangat pon. Hehe. 

Pastu cam ok. Next year nak improve buat yg lagi better. Meja hopefully da kurlasss sikit, pinggan mangkok nak hidang pon. Yang penting da try sekali, da tgk kemampuan diri. Kalau x sampai bila aku nak cuak org nak dtg umah xde apa yg aku berani nak hidang kan. Hihi. Tapi yg penting bukan bee hun soup lagi! Lol.

1/11 mungkin nak buat housewarming/aqiqah/besday Danish. Catering la kan. Kasi settle je la seme. HAHA. sama je kalau wat besday ajak family je, family oko je da bape. baik aku katering kan je teros. all in one. 

ok daa. 
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Semi open hauz"

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates