THE HELPER for independent mama.

Kemain kau tajuk. ok, I cam nak tulis la babygear ke apa-apa la yang i membeli nak mudahkan hidup i jaga Danish. Da lama nak tulis, ni tengah oncall, sesambil tunggu patient, boleh la kita bebel2 in between kan. I minom nescafe sebungkus td, sebab rasa ngantok amat sgt. now rasa heaven kesegaran mata ini, sampai rajin tulis blog.


BABYCOT

Babycot ni i semangat beli before Danish lahir. Beli sebab nak letak Danish dalam ni masa pantang kat rumah mama, since rumah mama ada kucing. tapi bila da pantang, rupanya mama da buang seme kucing, sebab mak dia over bila nampak kucing, takot meroyan or bentan sebab kucing plak. So, tak letak la Danish dalam babycot. Susah la caesarean nak bangun duduk angkat2 baby dari babycot, better tido sebelah i je lah. So babycot digunakan time dia da pandai golek-golek. Takot jatuh katil. Bila jaga sorang, nak gi mana-mana dalam rumah tu, letak dia dalam tu. Tapi Danish tak suka la babycot. HEHE. Tapi suka tak suka i tetap letak dia dalam tu. Masa dok sorang letak babycot mengadap bilik air. beli bumper cot supaya kaki dia tak terselit-selit kat pagar-pagar tu, and bila dia jatuh pon tak terhantuk. As long as dia nampak i, dia hoke. Pastu letak mainan dalam tu, sambil kita mandi dia main-main la ngan menan tu. sembahyang pon sebelah babycot asal dekat dengan dia. Pastukan i rasa cam sepatotnye I beli playpen ada tyre kan senang i nak sorong sana sini.

Playgym nye barang i transfer ke sini, bila dia da meluat sangat tgk playgym tu.

"serabot aku dok dalam babycot ni"- Danish



Bumpercot mengurangkan hantokan.

Before turun kan base.

selepas turunkan base. tempat mainan danish time mama mandi & solat.

"tapi kadang-kadang sabar ini ada batasnye mama"- Danish


NUNALEAF

Nunaleaf i beli sebagai ganti buai. Danish memang susah tidor. memang tahap kena buai. Tapi da tau keburukan buai tu, memang tak beli. Last sekali beli nunaleaf, at least dia swing la. Danish memang tak dependent kat nunaleaf ni. sebab kita letak masa dia khayal nak tidor, atau pon masa transit dia dari katil, or kereta, supaya dia tak terjaga. Sampai now dia da 10 bulan pon masih guna. Tapi bukan masa dia segar bugar. Masa open house, letak baby kawan kerja, hoi baby tu terus tidooor dibuai. HAHA. senang nye. Tapi Danish hanya untuk melenakan dia yang sedang tidor sahaja. So, kalau bangun pagi nak gi kerja, instead of letak dia dalam babycot, yang dia selalu perasan ok kalau dia tidor, orang transit dia dalam babycot, komfem dia bangun and ngamok, so pagi2 akan testing dulu, letak slow2 dalam babycot, kalau dia tidooo, fuuuyy, lega leyh wat bubur dia kemas beg bagai pagi2 tanpa risau dia akan tergolek jatuh katil, tapi kalau dia merengek, i letak dia dalam nunaleaf. Ok. dia sambong tidor. Haritu masa fam oko nak datang raya, oko kibot beli itu ini, tunggu orang sesat jalan seme, i buat air, isi kuih seme settle, sebab danish tidor nyenyak dalam nunaleaf.

mood : Ok

Mood: Em tak pe mama, danish sabar je.

Mood : lepaskaann sayaa


BUMBO SEAT

Bumbo seat ni i beli masa Danish meniarap lagi, tapi dia tak suka meniarap, dia tension hadap lantai, dia nak orang dudukkan dia sambil dia main. So, i pon terfikir bumbo seat. Tapi bumbo seat ni, Danish memang tak duduk lama, dia akan geliatkan badan dia kasi keluar. I guna masa nak feed dia. Tapi sama lah, kejap je da geliat2 nak keluar. Last sekali feed dalam walker, tapi kotor laa walker tu hoi. But, i guna ni, time i gosok baju. JENG JENG. i gosok baju, i letak dia dalam bumbo seat, dikelilingi barang-barang yang dia rasa nak capai, so sementara i iron tu, dia main lah sebelah i.

Makan kena bukak baju, ni pon terbalik bekas makanan dia tepok.

Masa memula beli.

Dia bahagia dok dalam tu kalau kita biar dia bebas tarik sana sini. tapi i akan letak bantal kelililing kalau dia cam lasak, takot la terbalik dalam tu. LULZ.

Ni time study. Study angattt.


WALKER

Jeng-jeng. Walker. benda yang i sangat tak nak beli. Sebab no good kan. tapi i beli secara tak sengaja sebab geram tengok comel. Pastu bila da beli i rasa kerja seharian i mudah. Wahah. Kalau tak de walker, sebelum ni i letak danish dalam nunaleaf. Ko hingat dia sabar kena ikat dalam tu. Pastu letak dia kat luar, ko akan basuh pinggan sambil kepala toleh kat dia, tak tengok pinggan. pastu risau dia jatuh seme. nak makan pon kena pegang dia yang akan tarik2 pinggan, tangan yang sangat laju itu. Bila da ada walker, time i makan i letak dia dalam walker, sambil bagi dia makan biskut, habis makan angkat keluar. Masa basuh botol susu dia, buat bubur dia, masa kat dapor la letak dia dalam tu jap, bagi dia apa2 mainan, da siap keje angkat. Tapi kalau dia cranky mintak angkat yet kerja harus disettlekan kena letak dia kat lantai bagi segala benda kasi dia main. Satu hari xlebeyh 1 jam Danish dok dalam tu, i think should be fine.

Ni je ada gambo walker? pfft. Ni masa papa nak keluar n mama pump susu. dia tak pandai gerakkan walker lagi time ni. sik pusing bentuk bulatan je.


Conclusion routine harian: 

PAGI
1. MANDI - babycot (nangis or gembira, kamu duduk la dalam tu, as long as u are safe there)
2. BLEND BUBUR & pack apa yg xsempat masa malam ikot mood Danish - babycot/nuna (kalau tidor), Walker (kalau dia xmo tdo da pagi, nanges2 yet kerja harus diteruskan, pack2 barang2 sikit biorkan je dia nangis, kalau tak, tak gi kerja mak, tapi jarang lah)


PETANG
Balik kerja pump susu, mandi, sembahyang settle kan apa yg patot dalam masa sejam, ambik Danish.
1. BASUH BOTOL SUSU - dalam walker

MALAM
1. SEDIAKAN BEG NURSERY - Biarkan dia kat lantai
2. IRON BAJU- Lantai / Bumbo seat
3. BUBUR/SUSU - Lantai/Walker
4. MAKAN - Walker

Semua helper ni kekejap je. Especially kalau xde pembantu or suami. As long as keje jalan & baby selamat.

Ni aktiviti kalau biar dia kat lantai.

paling feveret ada wyre2 ni.
ANOTHER HELPER
memang belom kahwin lagi da beli, memang niat utk hiborkan anak, and bagi anak hidup gaya sihat dari baby lagi.

Hasilnye, belum setahun da pandai kayoh beskal. Nampak kan berbaloi.

"Mama, tolong jangan propa"- Danish


Weyh. perot sakit, tangan rasa nak gigil lah, nak muntah! Ni LAH PADAH NESCAFE! adoiiiii. Hate it.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "THE HELPER for independent mama."

  1. Suliana says:
    August 27, 2014 at 12:10 PM

    haha. comel anak u :-) jom singgah blog i :-p

  2. suhaida shukor says:
    August 27, 2014 at 1:23 PM

    Deyy spammer.

  3. norlida kamaruzaman says:
    November 6, 2014 at 12:23 AM

    comelnya baby dia..

    jemput singgah blog sy
    http://idanas.bogspot.com

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates