Like the old days.

Assalamualaikum. Akhirnya, macam ada bau-bau akan berjaya type post ni sampai habis. Selepas sebulan. Kuikui. Actually post ni sambungan dari post Danish & Chicken pox. Tapi da lama bebenor , dari papa naik laut, sampai da balik semula da. Masa Danish chicken pox, seminggu kami da jaga Danish sdr. Next week nye nak hantar Taska, owner taska kata tunggu sampai kuping jatuh. Humm..  kesian pulak dekat baby yang belom kena kan, tak pelah berkorban, kerja tetap kena kerja. So end up ulang-alik Kajang Gombak. So bawak la frozen ebm bagai. Kira bertukar nursery la ke Gombak. Nursery yang lebih havoc. Kalau orang lalu rumah tu mesti tak sangka ada baby, Mat Danish ni memang orang ramai & Havoc is dia punya TURN ON. Kalau dia nangis tu, list pertama is BORING ke?? ha gitew bukan susu, kembong perot ke apa. Sebab mama dia pon memang suka nangis sebab sunyi, pastu suka boring-boring ni. Ngikut mama ke acane. 

Danish & Mama Danish seronok sangat duduk kat rumah Mak Unggal, semenjak ada Danish tak pernah rasanya datang umah Mak Unggal, ye la camane nak bawak Danish kan , nak gi ngan Oko, Mak Unggal tu i takot menyorok kat dapur plak. Hehe. Selain Danish yang happy, mama dia pon fefeling zaman bujang, bergelak ketawa, feeling free, sebab ramai babysitter. Ikotkan , hari ke-2 kat umah Mak Unggal sebenarnya da baik & da boleh hantar taska, tapi sebab Along Yana tu nak amek cuti hari Jumaat nak babysit Danish saya lepak sampai Ahad kat umah Mak Unggal. Diorang pon suka main ngan Danish. Ni la Danish tempat mama melepas boring melepak tak tau nak gi mana ke, datang umah mak unggal pon da cukup satisfied. 

Happy la dia, kena agah selalu. Happiness maximum level.

See, tido dalam mood yang baik.

Bila sampai weekend, ajak GG teman pergi Ikea. Pagi-pagi kol 9 ke 10 ntah da keluar. Sharp kau nok sejak-sejak jadi mak ni. Kalau dulu kol 1 belom tentu keluar umah lagi. So kitorang g IKEA. I beli storage box je. Maklumlah, perabot tak banyak kat rumah baru, pastu sementara nak tunggu dapat wardrobe besar sikit, akit mata i, tu yang nak beli box yang bertutup-tutup tu. At least kemas la sikit.

Nenish 5months 2 weeks ke apa ntah time ni. Sangat tak sesuai lah i guess 4 months above pakai newborn stroller ni, da boleh tukar ke toddler, tapi i kan cam helplesss lagi hopeless kan kena la tunggu husband balik dr laut. HAHA.

Danish suka menggigit, tapi not teether, barang lain, badan orang, jari orang yer.
Mak GG la yang tukang tolak stroller, dia yang nak k.

Sambil-sambil tunggu i cari barang, kadang tengok Danish da kat bahu GG, tak mo duduk dalam stroller, tu lah mat Danish, tapi kena paksa gak, kau hingat ringan?

Saje try masok dalam high chair, eh happy pulak dia, perasaan da besar angat Danish ni.

Makanan saya mana mama?


Me & GG had our curry puff, hot dog & ice cream with struggle. Da la lapar kena gilir-gilir pegang Mat Danish, HAHA. must be something new for GG, i ok je, tapi masa mula-mula kena makan gilir2 or keluar bawak Danish rasa serabut sgt, sebab culture shock kan sebab sebelum ni free & easy peasy. HEHE.


At 1, kitorg pick up Along Yana kat office dia, untuk pergi ke The Strand, Ashannas tu, nak tengok jugak apa yang menarik sangat kau propa kat insta, baca IG dia cepat-cepat clearance sampai 3 je, masa tu 2:45, emm emm krik kriikk tak de orang pon, pastu yang tinggal pon skirt mermaid corak2 je, yang plain seme tinggal XL, so kitorang tak beli apa-apa la. Mungkin sebab orang memang betol-betol da habis clear kan , so tinggal yang hado je, pastu singgah Al Humaira kat bawah bangunan tu, I suka Megan, Al Humaira, half Instant i should say, and me loike it.



Kat mana-mana pon Nenish kena posing, sebab mama Nenish nak turunkan ilmu vain.

After that, kitorang gi modvier. Ohsem gi modvier, jumpa la next tudung Instant kegemaran, Duhaa from tudung people. I grab 1 je dulu, pastu next week nye datang lagi beli 3 duhaa and 2 Megan. Dalam Modvier ada macam-macam brand, so senang la kalau sape-sape nak gi hi tea ke tak yah la gi seksyen 7 masuk kedai-kedai yang berasingan, mix & match je dalam ni.

I cari guna waze-foursquare modvier. Dia belakang petronas. sebab ada 2 petronas kat jalan maaruf tu, kalau dari mid valley, akan jumpa petronas pertama , exactly belakang petronas tu is modvier, at Jalan Riung, Bangsar.


Mula-mula cam eh muka pmpn ni cam Farah Lee, tapi bila dia senyum cam tak pulaak, in real, cam lain pulak. Pastu lama-lama cam ye kot dia Farah, sebelom balik amek gambar dulu la. HEHE.



After Modvier, kitorang gi paradigm mall plak an. Sakan sangat dari IKEA-THE STRAND-MODVIER-PARADIGM MALL.

Perasaanya haritu seronok. Sebab da lama tak shopping ngan diorang. Shopping ngan perempuan lagi best kan dari ngan Husband, at least boleh bagi-bagi idea, boleh provoke-provoke kita beli. KAKAKAKA.

Mahir Zain & Peminat.

Pastu i follow diorang masok H&M, grab beretta untuk Nenish. Saje ngade. Buang duit. RM 19.90 je. Tak pe tak pe.

Kat dalam H&M pon jumpe retis lagi, retis obersea, cam ehh betol la retis retis. LOL.

Ok saya sudahi dengan gambar retis Kilauan Gusi Emas.
HAHA.










Ok bye. Hope to write again. in a same month. Just hard to find a really focus time to blog. But am gonna try to freeze the good moment in this blog. Till then, TATA.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates