Honeymoon- Gold Coast Part 3

So, perkara yang paling tak best kat Gold Coast is makanan. And time ni la rasa, sayang nya Malaysiaku, negara islamku, yang menjaga makan minum rakyat muslimya. Nyeh nyeh. 

FOOD

So, kitorang a bit takot-takot actually nak bawak makanan dari Malaysia, since Ausie mmg strict bab2 ni, tuna spread pon kena buang i baca blog orang la. So, kitorang bawak megi, instant soup, biscuit, nuttela. macam ala bawak sikit je la. Kang banyak-banyak kang kena buang membazir duit. Tapi none of our item kena buang pon. So kitorang da plan nak beli kat woolworth. Woolworth ni tmpt beli beli barang cam giant ke apa ke kan. tapi xde la murah mana.

Mula-mula sampai airport suruh oko beli air mineral. So Oko bought air mineral, which cost him $4 which is RM 12 for a small mineral water. Kat airport Coolongatta memang tak de kedai halal. Semua pon mesti nak ada bacon lah kan. So tak payah tanya lah halal ke tak.Kalau halal, australia pon ada sijil halal dia yang akan digantung didinding kedai. So kitorang cam, tak pela, kita masak air kat Hotel kita refill je la daily. If not membazir. kat woolworth pon macam $ 2 ++ gak. dalam RM 6.


Pizza & Kebab ni pon ada tanda halal gak. Tapi kitorang tak gi. Kitorang gi theo's kebab.


So, ini adalah Theo's kebab yang kalau baca blog orang seme nak cakap theo's kebab. so satu kebab dalam $9.50 so dalam RM 30. Can you imagine, mineral water rm 12, kebab rm 30. Bab makanan memang pangkah. 



So, kitorang order satu beef satu chicken. oko la ambik beef. ee beef dia xsedap rasa lain. ayam dia ok lagi.


Actually satu ni boleh makan dua orang. kalau pmpn la. lelaki i xtau la.



And, ada satu malam dalam pukul 10 malam, kitorang lapar nak makan, so singgah kedai arab kedai Sahara (gambar di atas).  Dalam $18 less than RM 60 la kan per plate. I ok je. sebab i mmg tak lalu makan. Oko plak memang bukan lidah arab, kat Malaysia Saba pon tak boleh telan. Tapi dia layan je la. So basically memang kebab, makanan arab je la merata-rata kat sana.



Yang ini masa kat Harbour Town, at last jumpa Nando's yang Halal. Makan sepenoh hati. Hehee. Harga Nando's ok, kalau convert sama je ngan Nando's kat Malaysia, tiada kerugian. Dalam $28 whole chicken,chip, drink. kalau yang begini ku convert kan masih ku terima akal. kalau kebab etc memang whateva.

So kedai yang kitorang dok cari is kedai maharani eh yang kata ada roti canai ke apa ntah tapi sampai sudah tak jumpa, yang jumpa kedai Golden Legend Malaysian Seafood ni. kedai ni halal, ada certificate. 

So nak jugak nasi kan, ha makan la kau 1 plate nasi goreng  $14 bersamaan rm45. macam ok kat malaysia boleh dapat 10 pinggan or more.


Sebab tu agaknya orang Malaysia kat oversea selalu rindu masakan Malaysia. Memang ah, cakap ngan oko, pasni kita gi Pulau Redang, Terengganu je lah. At least kita boleh enjoy food. Nak jalan mesti nak enjoy food tempat orang kan. Ada hati Venice, Rome, etc. Lol. Walaupun sebenarnya ok GoldCoast ni, tapi sebab makanan fail, jadi macam, emm tak nak datang lagi. Heheheh.

So total cost for food selama 6D5N adalah $143 = RM 463 termasok la air, snacking. So budget tak burst la. Masih dalam expectation.

SOUVENIR

Kitorang sampai hari jumaat. Jadi beachfront market bukak hari Jumaat and rabu je, which hari rabu da balik Malaysia. So hari Jumaat tu teros la, tgk2 souvenir kat sana. So beli la keychain dalam $25 dapat dalam 19's la. 1 dalam $ 1 which is RM 3, ok lah. as in my budget tak de lah over untuk 1 keychain.

Itu je la yang murah, pastu tak de la banyak sangat souvenir kat sana. keychain tu je la. Pastu jalan2 ada kedai belakang hotel chevron. Mcm eh pencil case ni 3 - $10. Eh yang ni satu plastic coala's $4. (padahal ada kedai jual coala 12 biji satu plastic tu $2 je, ini je la yang silap. yang lain ok). So hari pertama da belanja kat 2 tempat utk souvenir dlm $ 50. Pastu cam ok sabar, setiap hari kita round lagi tengok kedai lain.

So, masa malam hari sabtu, lepas pergi observation deck, then gi cari makanan, nampak kedai ni lah. Macam suka t-shirt dia. embroid. 3 helai $ 20. So pergi dua kali, malam ni, ngan malam before balik, beli dalam 18 helai which is $120 dalam RM 390 gak lah. souvenir i kira duit i je la, oko punya lain kira. 



Pastu depan sikit nampak kedai ni, Golden Legend Gems. Ms Joyce nama owner dia. She's Malaysian. Menetap kat sini da 15 years.



Kat sini nampak la org2 Malaysia. Kat sini ada jual T-shirt, tapi T-shirt tetap menang di hati is TAX-FREE-SHOP. Kedai GOLDEN LEGEND GEMS ni dia tau kita Malaysian dia bagi la magnet instead of 3, dia bagi 5 magnet $10, so total i beli magnet dalam 15, so $30, which is RM97. Lagi item i beli kat sini, is jam, bagi mama satu nenek satu, satu jam $10. Ok la bentok peta coala, kangaroo etc.   


So, ini lah hasil tangkapan.yang Cap tu beli kat Movie World. 1 cap dalam $15. I beli 4 untuk nephews. Untuk Aisyah i beli beg kanggaroo same price kat paradise country. Demi adil. Lol.


So ini la tshirt yang diperkatakan di atas.

So, total loss utk souvenir oleh us adalah $ 461 = RM RM 1496. Which i yang RM 900++, oko beli ciput je lupa la tu family dia ramai, kan daa, i cukup yeyyeeyy, kira kat tempat kerja i letak seminggu pon, masih ada balance and masih boleh bagi mana yang lupa ambil, family pon dpt, kawan baik pon dapat, rasa seronok sangat tak de rasa serba salah terlupa sana sini. ;)

SHOPPING

So hari selasa, before balik kitorang ke harbour Town. Of course la cari brand-brand yang murah kat ausie kan, cam item roxy, quicksilver, walaupun da xzaman i, beli la untuk adik.  



Yang Ralph Lauren ni kegilaan oko. 1 polo shirt $30 tak sampai RM100. Tak tau la sampai Aussie ni dia jadi over gila shopping dari i, seme nak beli, lagi2 short, iyekan je la. So dia beli 1 dulu baju, aku pon pau satu gak kemeja $50. Pastu da la nasihatkan dia da la. Bila keluar dia kata, polo RL RM 100 je. kat Malaysia mana nak dapat. Ok la patah balik.

So beli lah dia 3 item tambah pula baju utk aku, ayah punya i belanja lah yang depan tu.


Wallet Quicksilver utk adik i, wpun oko da nasihat tak payah la yang corak tu, beli yang plain. degil. beli. betol adik tak suka. semua rebot yang takde tulis apa-apa tuh. Told ya suhaida. Yang Short tu Oko lah. 


Pastu nampak Oroton, mula-mula nak beli untuk mama, sebab tadi da beli untuk ayah , sian mama, (tu yang cover beli jam peta tu, LOL), pastu oko cam, get something for yourself. ha;a besok nak balik, tapi seme pon nak bagi orang. Oko asked to pick one, and mempersilakan bayar sendiri. Haha. $64. Purse. macam how i wish i can buy for Mama, Kak Long, Kak Teh. Tapi, beli sdr la korang eh.Haha. Da la memang murah kat sana, pastu seme nak 70% off, jadi ah camtu. Gila.Tapi i tak rasa nak shopping, sebab kat Malaysia macam puas shopping kan, so macam nak cari barang suvenir je. Sampai skang dalam paper bag lagi. Sebab kalau baju, memang sakit mata kalau ulang banyak kali, tapi i kalau purse, beg ke, i cam tak kesah sangat pakai lama mana, sebab lagi lama lagi sebati and sayang.

So total loss utk shopping = $ 415 = RM 1347. Yang ini terbalik pulak yee.. i spend RM 470 je, yang jejak seribu tu Oko la yer.. Nampak kan terbalik duit kitorang spend Haha. I souvenir, Oko shopping! LOL.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Honeymoon- Gold Coast Part 2

Ok lets move to the next matter, which is Transport for the Part 2 which i dont have pics to share. But im gonna share the options.

Untuk bergerak dari airport ke hotel, dari hotel ke theme park, you might think of transportation & charges. 

Here are the options, from mahal ke budget:


1) Kereta


Masa dekat airport Gold Coast ada banyak car rental company and dekat surfer paradise pon ada sewa kereta, sewa scooter lah, cuma kena google which one yang murah la. 

I memang tak consider sewa kereta sebab for me

i)  membazir lah, sebab kalau ikot location hotel semua tempat kat surfer paradise boleh jalan kaki sahaja, and i hanya perlu berjalan jauh untuk ke theme park dalam 45 minutes. Tapi masa before pergi ada la sesuatu yang buat i berfikir untuk sewa kereta, so i survey lah, berapa cost, kalau kira la kan, dalam satu hari dalam RM 125 kot. kalau 5 hari dah RM 625. Yang ni i survey 1 kedai je lah. Pastu rasa cam tak payah jauh beza sangat.

ii) And then, kitorang hanya 2 orang je. Selalunya sewa kereta ni mungkin berbaloi if you pergi 4-5 orang ke, so you can share la kan, or you bawak anak-anak or family besar yang tak seswai sangat nak naik bus or taxi. So memang haruslah sewa kereta. Atau if korang stay kat apartment yang tak friendly public transport. 

2) Taxi



Taxi kononya kitorang fikir nak guna untuk dari airport-hotel. So kalau ikotkan rate dia 50-60 AUD. kalau convert untuk 1 way je dah RM 195. Macam ok that is kemahalan. Kalau nak guna 5-6 kali? acane tu Johan? Tapi kitorang guna 2 kali lah. Untuk pergi dari movie world ke Paradise country dalam 1Km lebih lah. Sebab bus memang tak naik ke sana. so, AUD 10. ok a boss? 1.5 Km la RM 30 boss? Kalau i amek dari hotel berapa boss? Haha. So untuk guna total 3 Km that day, kami bayar 20 AUD equal to RM 65 bos. Jadi guna la bila memang tiada option.

3) Bus




Hoyeah hoyeah inilah pilihan yang terjimat. Tapi ada option, sama ada nak beli :


Adult 3 day pass AUD 71 (RM 230) , 5 day pass AUD 95 ( RM 309). Boleh naik la berapa kali pon, as long as ikot tiket berapa hari punya la, naik la bus, ferry, train seme boleh. 



Pon sama macam freedom pass. Kitorang pilih Go card sebab lagi flexible in term of price lah.

i) Dapatkan Go Card di Shuttle Desk Airport Coolonggata. tak perlu register, Just beli je. Deposit untuk Card AUD 5 each. And then bgtau la nak isi berapa. Kitorang isi AUD 45. So total AUD 100 untuk 2 orang. So dalam RM 324, sorang dalam RM150 during our stay. Macam mana nak budget? i da siap-siap calculate guna Translink Journey Planner. Kalau cost your journey more than harga in freedom pass, so better you choose freedom pass, if less, you should go for Go card. 

ii) You can always redeem your balance. Go card kitorg balance AUD 4++ each. Bila redeem tambah lagi AUD 5 yang kita mula2 bayar masa buat card.

iii) Untuk transport ke airport tak yah la membazir naik taxi/coach ke apa. naik je bus, sebab bus dari airport dia ada tempat letak bag. So xpayah risau fikir beg. And again, if bus tu berhenti dekat laluan your hotel/apartment lah. Kalau jauh hotel you dari main road, kena la naik taxi. So pemilihan location hotel/apartment sangat penting ye.

So total cost transport kitorang untuk untuk 6 hari bermula dari airport sampai ke airport semula dalam AUD 80 + taxi pergi balik movie world/wet & wild - paradise country AUD 19 = AUD 99 = RM 321.55.

Tidak perlu risau menggunakan bus di Gold Coast kerana:

i) Tidak perlu menunggu lama, bus adalah setiap setengah jam. Tapi by the time kita sampai takkan la tunggu smpai setengah jam, bape minit je da sampai.

ii) Disebabkan bus yang kerap dan on time, tidak perlu bersesak2 di dalam bus.

Conclusion: Jimat dan selesa. Silap kalau bayangkan kesusahan/ketidakselesaan menaiki bus as here.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Honeymoon - Gold Coast Part 1

Salam,

Tonight merajinkan diri, mengupdate blog. Since people keep asking the Gold Coast Experience. I just answer Okay lah. Since mengahwinkan diri, memang pemalas nak share cerita.

Mula-mula konon nak gi Maldives, Husband kata Gold Coast, I was like erh lame. and then borak2 dengan my colleague, she suggest Gold Coast, dia kata tempat yang dia nak pergi lagi sekali is Gold Coast. Dia pon study kat Aussie dulu kan. Boleh la share2 sikit, & dia kata banyak kedai makanan halal compare tempat lain. So ok lah, book ticket before wedding. Masa tu ticket promo, tapi xde la murah mana, ada orang dapat lagi murah lagi.

So for me, why Gold Coast

1) Tempat common bagi orang Malaysia melancong. So, mudah bagi kitorang yang nak pergi sendiri. Just google-google banyak je orang share review.
2) Ada beach. 
3) Ada banyak tempat entertainment. So balance. Lot of thing you boleh buat dengan your partner kat situ.

FLIGHT

Pergi balik untuk 2 Guest, Airport Tax, Fuel Surcharge : MYR 2882 Bila da tambah Service & Fees MYR 3428. Baggage oko ambil total 35kg masa pergi which is kitorang guna 23KG (2 bag) je. Masa balik ambil 40kg which kitorang guna 37kg (2 bag 1 travelbagpack). 

Mula-mula cam worry la, 8 hours dok seat air asia. tapi ok je. Not bad.


ACCOMODATION

Option

1) Backpacker - Untuk budget trip. Selalunya student yang choose ni. Tapi bilik dia macam dome la according to my coallegue. And sape2 je dalam bilik tu, sometimes lelaki pon ada dalam bilik tu. Tak bebas la nak tukar baju ke apa.

2) Apartment- Masa i review blog Malaysian banyak dok apartment, yang honeymoon dan yang juga yang bawa family. Reason ada dapor, so boleh masak-masak. Biasanya diorang bawak rempah ratus, bawak periok la apa nak masak semua kan untuk family.

So, why i xchoose apartment,

Bila i baca review kat trip advisor, biasanya apartment ni mesti ada orang komplen katil ke sofa ke busuk ke apa ke, nak tunggu kunci la dari owner la, and banyak komplen2 macam tu. macam ala malas lah. Some more, i xnak masak pon, so x fit the purpose anymore. and kebanyakan apartment yang harga lebih kurang dengan hotel yang i pilih, location dia jauh dari laluan bus. 

3) Hotel- ada juga couple yang stay kat Hotel, especially Grand Chancellor Hotel which is dekat Surfer Paradise Boulevard. 

So i bukak la Booking. Com, Agoda, trip advisor semua.

So my criteria

1) Sedap mata memandang. Ehewhew. Honeymoon kan. I ni nyet-nyet sikit.
2) Star-3-4
3) Price total 5 nights tak lebih RM 2000
4) Senang kemana-mana. not too far dari Surfer Paradise, untuk berjalan-jalan kaki, senang nak catch bus untuk ke tempat yang luar dari surfer paradise.

So, memang akhirnya i pilih Vibe Hotel Gold coast

1) Harga murah sikit dari Hotel lain in my list, and lebih kurang dengan harga apartment yang in my list juga. Oh. the price untuk 5 malam termasuk credit card surcharge adalah AUD 578. dalam RM 1877.24.
2) I xde baca komplen dirty ke apa ke kan. So i rasa Hotel lagi meyakinkan.
3) Dia dekat fenry Avenue, Gold Coast Highway, memang laluan bus, turun je dari hotel, atau dari balcony da boleh tengok bus apa da sampai, bus apa da lepas, ohsem sangat i rasa location dia. lintas jalan or just go along the Fenry Avenue, memang dekat je ngan mana-mana. Cam tak de la advantage sangat Grand Chancellor over Vibe Hotel I guess. And xde istilah tukar-tukar bus kalau dok vibe hotel. sebab laluan utama. :))

So Oko pilih smoking room. And oh, bilik ni memang da complete dengan iron, iron board, kitchenette which include microwave, kettle, toaster. I guess thats is so enough for us untuk sediakan makanan ringan-ringan untuk breakfast or kebuluran.

Kitorang sampai pukul 10 am kot aritu. nasib baik dapat early check in.
No extra charge lah kan. Room is ready. Happy honeymoon. Nyeh2.

Lobby







View from balcony

Kat bawah tu boleh tengok bus. Jalan straight belok2 boleh pergi mana-mana sahaja
attraction in surfer paradise. Just walk. Believe me nothing is too far.


OOps. dah pukul 1.30 pagi. Isyak pon belom. ehewheww. Its time to sleep. Will continue tomorrow, kowt. InsyaAllah. Nite peeps.

P/S : Nak tulis blog ni. Nak start malas, Nak benti Susah kot. nyeh nyeh. Nite.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates