Danish at Nursery

Assalamualaikum. lama sudah post ni dalam draft. sikit sikit update tak publish-publish. hehe. 

Since i masuk kerja 4 feb 2014, Danish pun masuk taska kat taman baru i ni.. Minggu pertama husband ada, jadi takpe lah jauh sikit, tapi lambat masuk kerja. So husband usahakan jugak masuk rumah weekend lepas. Dekat sikit nak hantar Danish ke taska. Jalan belakang umah je taska tu. Jalan kaki ambik danish pon boleh. Rushing masok umah baru ni sebab hubby kasihankn saya nak bawak beg banyak-banyak + Danish lagi naik lif, camane nk bukak pagar semua. Lepastu taska lagi jauh dr tempat kerja, tempat kerja kat tengah-tengah. Seminggu hubby tungkus lumus pack barang nak soh duduk rumah baru. I taknak, umah tu terlalu baru untuk Danish & I explore. Tapi hubby's view lain dari I, as i mention above, I da nangis cakap I tak nak pindah, i rela jauh hantar Danish jauh- jauh dari duduk umah baru 2 storey without him. hehe. Tapi ikot je la ckp suami kan.


Masa jaga 2 minggu kat rumah tu before masok kerja, tak mo practice hantar taska, tak train pon pakai botol danish ni. Sbb kat kluang pon slalu je pakai botol time dia ngamok malam-malam or time malas nak bangun suruh mama susukan pakai susu pump dalam peti & juga pagi-pagi babysitter bagi pakai botol. Tiba-tiba masok taska huwaa hari pertama nak dekat lunch org taska mesej Danish tak mau botol. Ha? Dari pagi tak minom susu? Mat danish tu da la kuat menyusu. Dia nanges-nanges tak mo botol, sampai tertidor, masa tidor pon org tu letak kat bibir pon dia tak nak. Da bangun, orang taska bagi cup dia cam tersedak-sedak,  diorang tu takot la nak bagi. I ngan husband pon amek lah masa lunch. Masok angkat dia yang tidor lena dalam 5 jam xminom susu tu, letak atas riba posisi menyusu, tak bukak mata pon terus sedut ok. Pastu terus bawak balik, soh husband susukan. Pastu kol 4 call hubby,  dengar la mat danish meraung-raung tak nak susu. Bila balik hubby amek ngan mat danish, terus hubby suruh bg susu badan tu. Dia kata kesian. Tp memang kesian tgk baby nangis tak nak botol susu kan. Kitorg dua mmg tak sanggup tengok dia nanges berjurai-jurai air mata, macam ape je xnak botol. Ikot hati mmg nak susukan jer. Terdetik byk kali nak benti kerja lah, danish needs me. Heheh. Pastu petang beli puting NUK. Malam dia minom ok. Excited gila kitorang. Siap bagi video dia minom susu kat owner taska. Tp pastu da tak nak da. Mesti dia tau dia tertipu.

Pastu hari kedua, sama je dia minom hasil orang titik-titik kat mulut dia, so lunch dtg la susukan dia. Mestilah dtg sian dengar si bambam ni tak mo susu. Dia memang akan melalak-lalak pastu tidor asalkan tak minom susu. Petang dia minom 1 oz kot. Kalau balik taska tu, berhingus-hingus puas nangis punya pasal, pastu komfem balik moody, merajuk, tak layan kitorg. Kitorg pon affected dgn mood dia. Selalunya nak main je, nak cakap je, happy sangat. Tp bila masok taska macam xde da Danish yang tu. Hehe.

Esoknya tak datang sebab demam vaccine. Hari ketiga kat taska dia demam. So amek la dia dlm kol 4. Orang taska kata, dia tidur asik terjaga-jaga je, tak selesa tau, pastu nak berpangku je, tapi minom susu 3oz haritu. Improve kan. Kat rumah i jaga lah, 1st time jaga baby demam, balut dia dengan napkin basah. hehe. 

Tiga hari pertama kat taska, susu susu i memang gone, can you imagine i bagi 4 botol setiap hari. Hari 1st bagi 20 oz langsung tak minum, hari 2nd bagi 12 oz kot, hari 3rd bagi 8oz kot, lebih kurang camtu la i kurang-kurangkan. Masa weekend mama ayah ada tetap paksa dia susu botol siang. Sebab kalut pindah kan, puting NUK pon tak jumpa, so try bagi pakai puting Avent 3 months punya. Eh tak sangka dia nak. Hari sabtu sangat welldone siang fully botol susu. So i guess, its not the matter of teat, dia perlukan masa nak terima. Pastu esoknya Ahad, pagi je dia nak. Pastu teros tak nak. Buang lagi susu i. Bagi nenen. Hari ke-4 orang taska bagi pakai syringe. Mat Danish ni ikot mood tau. 

Hari kelima and seterusnya, Welldone! Org nursery cakap dia da boleh minom pakai botol susu. Alhamdulillah. Bersih seme botol habis.

Untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah baby tak nak botol, usaha je, tiap-tiap hari practice, doa, i siap sembahyang hajat kat tmpt kerja pas zohor, subuh sebelum pergi kerja, sebab doa ibu tu kan mujarab, memang stress kalau baby tak nak bagi kerjasama kat taska, kita pun sedih kan. takpe, seminggu dua dia akan ok, InsyaAllah. :)


Ni beg taska Danish. Masa ni ada 1 je warmer, pergi beli lain untuk taska pulak. Cooler bag Avent tu dapat free masa expo, tapi macam no good je. nipis sgt kot & besar, need more ice pack.


Ni beg mama nk pump susu kat work. 2-3 kali. kadang rasa tak selesa nak pump, takot orang cakap curi tulang. hehe.

Ni anak mama dengan parut cakaran nye yang fresh. hehe.

Mama siap berapron takot Danish muntah & berak atas baju work mama.

Danish disambut kawan-kawan di taska.

Danish diletakkan sementara di dalam baby cot. Sedih mama masa ni bila Danish agah-agah mama. sengih-sengih. Mama bincang jauh sikit, Danish panggil-panggil, datang senyum balik, mana mama tak angkat pelok ciom & sebak.

bye Danish mama.

Sanggup dia tdo tak mau minom susu sampai lunch time tunggu mama dia susukan. Pastu muka stress tak nak tengok orang..
Puting NUK, i beli size M, besar sikit, laju keluar susu, sekali je dia nak, pastu tak nak dah.

Awal-awal masuk taska, nampak sangat Danish stress & tak happy. Budak kecik pon ada perasaan.

Ok bye Nunite, nak semayang and tidur kan Mat Danish. Bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Danish at Nursery"

  1. Suliana says:
    February 17, 2014 at 11:21 AM

    siannya tgk muka danish. biasalah awal2 mmg macam ni. nanti bulan lain, lain pulak cabarannya. contohnya xnk minum susu, tak tahu knp. maybe growth spurt. just wait and see tapi doa byk2 supaya dipermudahkan.. now dah ok kan. mcm tu lah kehidupan bila ada anak ni.. bye

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates