Lalink son
Hallu. Berblogging dari atas katil rumah tokma. Minggu ni ambil cuti 4 hari, nak jaga budak chicken pox ni. Kecik-kecik da kena kan. Hehe. Biasalah budak antar taska,dia budak paling last yang kena. Kebaikan breastfeeding disitu.
Mula2 tak tau nak imagine yang dia ni akan gatal macamana, tapi Alhamdulillah, macam hari-hari biasa je. Bezanya hanya fizikal sahaja. Tapi still tak boleh la hantar taska kan. Tapi next week kena hantar jugak lah, sebelom dilabel kaki cuti. Hehe. Nak wat camane, baby kecik kan. Bukan gi cuti melancong or pura2 sakit.
Haritu, bawak dia check kat Klinik Zurimah Kajang, klinik tu, i pernah pergi masa tengkok salah bantal tu, check up dengan doctor locum dari KK Cheras kot, ramah giler, lembut, bahagia rasa gi sana. Bawak Danish, pagi2 ngan doctor klinik tu yang berlainan pon ,mesra habis, Oko puashati betol layanan mesra doctor2 kat situ.
Oh, i dah tak pergi Brittania utk extra vaccination kat Brittania Kajang, Brittania tu bagus nye Gynae dia je, paed dia tak mesra langsung, pastu tak ethic sensitive, pastu mahal. Contohnye pneumococcal dia 300, az zahra bangi baru 240, dtap dia 150, az zahra baru 95, and consultation az zahra baru rm 10, brittania tanya pasal vaccine kat doc pon dah 50. Tak de advantage nak mahal-mahal gitu. I tak pergi KK lah sejak balik kajang, sebab nak jab serentak ngan vaccine extra kan, pakai pm care husband, tapi yang xde dlm list KKM tu, kena bayar sendiri. az zahra, nampak cam ramai, tapi tak lama pon tunggu. I tot lama, cepat je. Pasni hubby kata beranak situ je. Eeemm. Emmmm. Part tu no komen lagi.
Rasa cam jarang update pasal perkembangan Danish kat blog kan. Macam kakak i, rajin. Nanti anak dia besar boleh la baca kenang2 balik, haha, mama nye update, Danish bukak instagram je la eh, berbulu-bulu mata orang tengok sik update je. Kat blog pakai fon upload gamba kat blog, dia compress gamba jadi yang hadoo, ni kalau ada gamba maksodnye mama pakai Laptop atok, pada masa yang berlainan. Ehhe.
Danish, danish. Hem pandai ape yer sekarang? Sekarang 5 bulan. Berat 7kg. Tak naik 1kg monthly dah, sebab da aktif kan. Hehe 4 bulan setengah da boleh meniarap akhirnya, masalahnye lepas meniarap dia nanges, sebab dia rimas tengok bawah pulak. Nak terlentang semula tak pandai lagi. Letak kat playgym da tak boleh lama, dia rimas kena baringkan pulak. Jadi, angkat, letak kat riba, bagi dia main sambil duduk, mama pk pk arini, mama terus beli bumbo seat. OOOPS. Papa said jimat lah mama! Mama cannot, mama dunno how to control , for me all iz need not want. (Bad habit, try to control.) tak tau nape jadi camni, ada je benda tiap hari nak pk apa nak beli. Ok tu je perkembangan mama yang teruk tu. Kita kembali ke perkembangan Danish.
Danish, memang pandai mencapai dimeja makan, makan kat umah pon dia ada sekali kat meja, kalau tak rioh rumah dengar tangisan diabaikan keluarga. Mama baru nak Bis..... Tangan dia da dalam pinggan. Minom kat kedai, dia genggam straw mama, tercampak garfu papa semua. Laju je.
Pastu, dia bff papa, dengar je suara papa, tak jadi menyusu, suara papa kat luar bilik pon, dia tak jadi menyusu, tenong je pintu, papa baring sebelah lagi tak nak susu, nak kena main ngan dia je, papa memang rajin layan, ni papa tak de, mama kena up to the standard la kan, moody je mat danish ni papa gi laut, mesti dia tak seronok kawan main dia xde. Da kenal orang kot, pak lang dia datang jaga, dia tak layan pon, tak dengar la dia gelak2 jerit2, ngan tokma dia pon puas tokma agah, dia senyap je scan bilik, pastu cebik2, tapi belom sampai stranger anxiety lagi. Jangan buat hal kt taska dah la next week, sbb seminggu tak hantar kan, arini pon pump susu, bagi dia minom by bottle, tak pasal2 plak taska call danish xnak botol nanti. Jangan buat hal k papa xde, sihat2 je slalu, abes la cuti mama kalau camtu. Dok jadi kerja la kekgi.
Apa lagi eh. Overall perkembangan dia normal. Seronok perhati ari2, teruja dengan setiap perkembangan dia. Seronok lagi dapat lihat perkembangan dia sama-sama ngan husband.
Jap, perkembangan mak dia pulak, rambut gugur yang over. Da beli shampo labourse pon tak jalan. Merata la atas tilam, kat baju, tangan danish, lantai lagi. Jangan la sampai botak plak.
Diakhiri dengan gambar spontaneous my family. Ouch. Da besar da Suhaida. LOL.
I LOVE BOTH OF YOU.
P/s :
Haritu Danish pakai baju tulis Little Brother. I dengar oko cakap kat bilik sebelah ngan Danish. "Mama bought you wrong shirt, you are not little brother, this shirt belong to your brother, you will have your little brother SOON. *what?angkatkeningsorangsorangkatbiliksebelah*
Tokma pulak, harini saya cakap kat meja makan, hemm macam mana muka adik baru ye? Tokma was like "ADIK BARU SIAPA". Anak kak teh yang akan lahir la mama. Wahaha.
April 10, 2014 at 9:47 AM
bukan stalker..tapi sbb anak mung nie comel sgt..aku dok follow nie..ahahaha...xpe xpe..bgus nie share tips..hehe- xoxo cousin tersayangggg