Danish & friend
Danish ni, suka betol ada kawan.
Kalau yang umur sama ngan dia, tak mo plak dia kawan, menyakat ada lah.
Tapi kalau umur 5 tahun ke atas, suka betul dia mengekor.
Tapi yang besar besar ni plak mesti la tak berapa suka budak kacau dia main. Danish pon mainan sendiri seminit je dia main. Mainan orang sibuk nak usik. Siap bawak lari masok bilik sorok bawah bantal. Mana la abang abang tu tak marah kan. Hehe.
Tapi dia suka betol mat Aqil tu. Aqil datang tidor rumah tokma sampai khamis ni. Mat Danish ni mengekor je la Aqil tu. Siap nak tidor sebelah Aqil. Bawak bantal selimot untuk aqil. Mot mot kata nya. Bila mat Aqil gosok gigi, dah dia heret sekali ngan bantal2 aqil tu ikot aqil. Sian pulak aku tgk dia excited nak berkawan. Sampai Aqil tido pon dia angkat kelopak mata Aqil nak soh aqil bangun. Haha
Budak budak ni plak mainan diorang tak nak bagi, ipad Danish kemain ko hamek kan. Kena bebel ngan mak Ida ni perangai memasing .
Kalau ngan kakak pmpn anak2 makngah plak, xjejak lantai mat danish, di dukung kehulu kehilir, dijamin selamat anak kau. Hahah. Senyap je danish kena dukung memanjang.
Suka tengok perangai danish ni berkawan. Nampak dia appreciate & pandai layan kawan dia. Kawan dia paling rapat is BAD. Kawan ayed umur 20 ++ hahahaha. Pantang bunyi loceng je, dia teros BAD!! Bad sampai pintu dapor je, dia jemput masok "cukk cukk cukk". Orang tu sampai je meja makan "kann kann kann" sambil bukak kotak pizza. Alololoo pandai nye anak aku berkawan. Budi bahasa sangat.
Kalau ngan adik dia plak, adik nangis je, dia yang naik katil, angkat baju nak sua nenen dia. Malam ni aku xpump susu, belah danish ok da kosong, belah Noah banyak lagi, xsuka tdo susu penoh, kang laju sangat masok mulut Noah. So aku panggil danish isap belah noah, danish pon hisap2 sambil adik dia ketok2
Kepala dia. Pastu bila adik dia nangis, dia lepas, dia tarik badan adik dia pergi nenen, nenn nenn. Alolollo. Penyayang nye abang danish ni. Tak sampai hati dia nak amek part adek dia yer.
Oh ye. Perangai danish yang i kenan sangat is dia xkedekut. Kalau mintak kita amikkan aiskrim ke, dia akan suruh hulur kat atok , tok ma & sape2 kat keliling. Kalau budak2 main ipad dia pon dia ok je, kecuali tokma. Suka dengki ngan tokma dia. Haha.
Gitu la perangai mat enish ni. Ada nakal, ada bijak & sweet nye.
September 21, 2015 at 10:41 AM
Haha. sian danish.. biasalah abag2 awak tu mmg gitu perangai nya :-p