Noah 2 months old
Assalamualaikum,
Harini genaplah 2 bulan usia Muhammad Noah. Esok nak bawak dia jab 2 months. Alhamdulillah, Noah anak yang senang dijaga. Penyabar. Tak banyak kerenah. Susu , tidur . Itu je. Sayang sangat Noah. Noah pon ada ada allergy juga macam abang dia, Danish. Allergy telur. Mama Noah lupa nak berpantang untuk Noah kan. Ingat da habes pantang, tak de apa yg nak dirisaukan. Makan la telur. Keluar la eczema ala ala Danish dulu. Tapi sebab da lalu zaman Danish dulu, so tak kalut sangat, sabar je ku sapu Cetaphil kat muka Noah, Alhamdulillah dengan izin Allah, in 2 weeks, bersih da kulit Noah, tinggal leher je xsurut. Sebab yang tu aku tak gigih mengcetaphilkan dia sangat.
Danish pulak minggu lepas da masok 1 tahun 10 bulan. Ni kira kali kedua la berpantang ada Danish. And dua2 pon baby nye adalah Danish. Yang lain tu termasok Noah hanyalah watak sampingan. Noah ibarat angin bertiup sepoi2, Danish ibarat ribut tofan, giteww.
Cabaran jaga toddler & baby:
Attention demand
Agak susah nak jaga toddler yang tak paham apa-apa lagi ni. Mula-mula tu me & hubby sama-sama culture shock ngan Danish. Danish asyik nak berebut nenen, baling barang kat Noah, and terlebih baby. Nasib la Noah xsama perangai cam dia, kalau ada 2 Danish, mati la mak nak. Selalu gak kita orang hilang sabar , and marah , babab Danish. Pastu kan nanti sedih. Memang sedih marah dia. Selalu dia la yang dimanja-manja. Bila ada baby dia wat perangai plak, meminta sangat. Sedih, sebab bukan salah dia. Dia masih baby kot, suddenly ada baby lagi, mak pak da terlajak perahu, mak pak make it up la kan. Huhuhu. Kena belajar la psychology budak ni. Now macam da redha sikit je. Ke mak dia da pandai tackle sikit kot. Follow cara husband, walaupun anak tantrum, dia masih boleh wat lawak, cakap ngan anak, sampai budak tu lupa apa yang diamukkan tadi. Hem menjadi jugak.
Tandem nursing
Sekarang ni, aku tandem nursing. Mula- mula memang nak restrict nenen dari Danish , husband la kan paling nak strict sangat. Takut adik tak cukup susu, sian la Danish tidor menangis-nangis kena paksa minom botol, sebab selama aku pregnant tu tak de la susu nye. Boleh je dia hisap botol. Sejak-sejak dia rasa ada susu balik ni, and sakit mata dia tengok adik menenen, histeria la dia. Haha.last last kitorang mengalah. Mak unggal plak kata tu rezeki Danish dapat menyusu semula, dulu susu dia tersekat sebab kita pregnant kan, now bagi la dia, dia belom 2 tahun lagi, nanti dia sayang Ida. Time tu cam, oh ok baru ku sedar. So bagi la dua2 sekali menenen serentak. Cuma Danish mula2 aku limit kan time bangun tidor, time nak tidor petang & malam. Dulu pressure gak la , dia suka menyakitkan aku dengan menggigit and tarik nipple ni dengan muka bangga dia. Mana la aku tak meroyan nak susu kan dia. But now, since aku da tak kuasa nak mereject dia, and bagi free flow je, dia pon tak kesah kalau aku suruh bukak jap ke lepas ke, dia ok je. Dulu kemainn dia pertahankan. Psychology gak la kan. Susah dapat susah lepas. Senang dapat dia pon ok je. Tapi kan, aku tak suka la feeling Danish menyusu, dengan tangan dia meraba ke belah lagi satu, memang aku tolak tangan dia tak suka, pastu dia sedut tak sama ngan baby, RIMAS! Mmg tunggu je dia lepas. Sorry Danish. Mmg boleh emo time Danish nenen. Sbb di more to nibbling. Susu tepung pon da tak nak sangat skang. Dulu 8 oz , skang 4 oz lom tentu habis. Kena focus and jangan nenen Noah time dia tengah menyusu, and jangan pergi mana-mana. Kalau dia da lepas botol tu, haihh memang dia biar je laa botol tu. Sakit hati gak tengok susu tak habis . Mahal nak oii. So, kalau tengok Danish makin kurus, sebab tu la yer. Susu takmau, nenen mau mau. Kuruss la mak kau yang sekeping ni.
Tidur plak kanan Noah kiri Danish. Danish dok tepi dinding lah, Noah tak pandai golek lagi, xpe kot. Kat umah Kajang nanti, tak tau la plak camne, walaupun Noah tak pandai golek, takot plak kalau jadi pape menyesal. Tapi feeling disayangi plak ada 2 baby berkepit kat kita kan. Time tidor, rasa sayang sangat, especially Danish la, time bangun, hmmphhhs. Bukan apa. Dia tak de kawan, kalau ada kawan, most of the time dia ok, dia tak kacau barang-barang orang lain sangat. Tunggu Noah besar & korang main la sama-sama yer.
I know both of you going to be a great son of mine and worth the trouble & struggle.
Tinggal lagi 2 minggu kat umah Tok ma ni. Ingat ke habis pantang haritu nak balik terus Kajang. Tapi fikir, bila lagi nak dapat cuti panjang and duduk sebumbung lama sikit ngan mak kita. Mama pon sunyi nanti. Mama da la jenis redha je. Hati dia siapa tahu kan. So pas raya haji ni baru balik kajang, then ada lagi 2 weeks before naik kerja, sempat la hantar masuk taska baru. Hope Danish tak kekok dok taska . Mentang-mentang lama berkepit ngan mama ni, takut Noah relax je, dia yang lelebih bagi aku sedih japgi . haha. Anyway setakat ni, aku xstop kan Noah susu dalam botol lagi. At least sehari, sekali bagi dia botol. Supaya senang masuk taska nanti. Dulu danish slack bila balik kajang, tak beringat da mak pak dia ni nak sua botol kat mulut. Teruih 2 minggu masa bekerja aku serabutt ngan mesej anak tak nak botol.
And Noah memang tak campur susu lagi. Heee. Thanks to abang Danish, yang 365 hari 24/7 mengstimulate susu keluar ye, even before Noah lahir. So susu untuk Noah, sentiasa ada.
Hidup semakin serius ye bila da anak dua ni. Its a serious business.
Ok la goodnight.
*tabah hapdate blog yang makin kosong ni. Heheh.
0 Response to "Noah 2 months old"
Post a Comment
♥ Thanx for dropping comment ♥