Maid
Assalamualaikum..
Esok, Noah genap 3 bulan. Danish sebulan lagi da nak 2 tahun. Aku pon da mula naik kerja. Bibik pon da seminggu lebih kat rumah.
Buat masa ni, aku senang hati dengan perangai bibik, halus bahasanya, malu malu kucing, ringan tulang, cuma aku masih xpaham dia nak makan apa. Masih try & error. Tp baru 1 minggu. Kita xboleh awal sangat judge. Selalu berkeras ngan dia pon pasal makan je, da tinggalkan lauk xmakan, beli lunch xmakan jadi basi. Tension jugak aku. Tadi da suruh dia goreng keropok, esok kalau nak makan dengan nasi, ada keropok, cili padi dalam peti, tempe dalam peti sila goreng. Asal bik xpengsan kat umah da la.
Pastu ternampak plak gamba dia ngan anak dia, dia letak dalam almari , kok kasihan deh loo. Sanggup dtg malaysia , berkorban jauh dari anak tersayang, demi nak mebesarkan anak supaya berjaya kan. Kita dok doa supaya tak dianiaya dia, dia pon ntah2 tak abes2 doa supaya majikan tak tindas dia gamaknye.
Bila rasa senang ada dia, terdetik hati supaya Tuhan pon senang kan urusan dia. Senang je sebenarnye kerja dia kat umah ni. Pagi2 bangun pon cam aku nak g kerja, xde la bangun kol 5.30 ke apa kan, dia bangun kol 6.30 kot, semayang, buat kopi oko, angkat beg2 masok kereta, sapu & mop rumah, basuh baju sampai ke iron baju, kemas bilik danish, bilik aku dilarang masok, bersih segala habuk kat perabot, petang tolong aku kat dapor masak, time makan malam dia pegang kan noah sambil tgk tv kat atas, habis makan dia turun lak makan, n kemas meja makan & pinggan mangkuk , sapu lantai. Pastu tido la klw xde pape. Anak aku xbagi jaga la. Aku xcaya bibik jaga anak. Sedangkan aku pon xleyh handle nak kemas umah n jaga baby. Nanti dia stress umah nak bersih, anak nak terurus. Kang lain jadinye. Tengok anak time aku ada je da la. Aku boleh la letgo part2 kemas umah dari keserabutan mata ni, kain pon settle. Cuma aku masokkan dalam almari je la. Xbagi dia masokkan. Pening aku xjumpa baju nanti.
Aku pon xtau la dia akan kekal baik & kekal kat umah aku sampai bila. Tawakal je la. Duit pon da abes. Lol. Masa oko xde nanti, kebolehan bibik menyenangkan aku itu baru akan nampak kot. Now cam xnampak lagi, lagi2 baru sangat. Hem cane la xde oko t. Kekok plak harapkan bibik. Dulu guna ayed. Terasa la gantian oko tu adalah lelaki jugak. Now nak kena kuat aku jugak la kan.
Somi plak bos kat ofis ajak keje ofis, tp gaji takat tu je la, komfem rendah dr offshore, sape nak kan. Dia ckp ngan bos laut dia, dia xnak, tp kawan dia yg kat laut tu xditanya pon nak ke x, terus dapat surat tuka ofis.
Tp aku seronok ada dia kat rumah, bila dengar camtu terberangan plak dia kerja darat. Mesti semangat nak masakkan dia, n klw aku penat ke dia boleh masak, haahah klw kerja darat xtau la perangai dia sama lagi ke x, mesti dia penat sampai umah nak tido, xde lagi la layan anak ke apa ke kot, layan ke penat dia je la ari2, tp sampai bila nak kerja laut, me & kids need you, let settle down, have a normal family life, rejeki di mana2. Jom la kita susah senang sama-sama berganding2 bahu, cukup mencukupkan 1 sama lain , apa yg ko perlu, apa yg aku perlu. Kita boleh. Jangan risau. Aku bantu. Yang penting aku ada kau selalu disisi. Itu lebih penting. Because you mean a lot to me. A lot.
0 Response to "Maid"
Post a Comment
♥ Thanx for dropping comment ♥