Ya da ya da

Dah 2 minggu suami offshore. Biasanye 1 minggu awal tu emosi tak stable, tp kali ni 2 minggu jugak la. Sebab anak 2 da kan. Kali ni ada bibik. Yang baru sebulan lebih. 1st time kerja as maid. Dari kampung. Tak paham bahasa kita sangat. Baik tp slow motion n xmengikut arahan sbb language barrier atau wax barrier aku pon xtau 😜.

Masa suami ada, aku xamek port sangat pasal bibik. Biar la oko yang train. Tp bila oko da pergi laut. Hemm bibik yang slow itu mcm xmembantu & menambah sakit kepala. Jadi aku da bertukar jadi majikan yang garang. Garang , dia akan sentap/mogok tp besok nya dia usaha jadi / ubah apa yg aku tegor.

Setakat ni. Rumah & danish dia boleh handle. Hasil crisis antara aku & dia.

Masa dia mogok tu, emo jugak lah aku. Ranting kat kawan2 asal oko kena kerja laut, xsama maid dengan dia and all. Somemore danish perlukan attention. Sepanjang malam mmg attention dekat dia je. Kalau x dia buat hal. Tidor pon buat hal. Suruh bukak baju la, bukak stokin la , padahal sebelom tidor aku da bukak kan stokin dia. Danish2 ..perangai dia memang la, tido pon meragam. Apa la yg dia mimpi.

Aku plak tak reti control marah. Tp aku cuba lah. 

Ntah lah. Aku jenis marah 1 hari kaw2, esok aku lupa & deal with it. Contoh, marah suami aku keje laut, ngadu kat bff depress nya aku, pastu besok da ilang marah tu, em gitu balik. Marah bibik, nak tukar dia nak tukar dia, esok aku kesian balik, deal with it.

Gitu lah aku ni.

So husband tetap kat laut.
Bibik pon aku xjadi nak tukar, sebab marah da ilang. Kesian nya lebih. Pk dia org susah. Kalau aku hantar dia balik, sian dia xdpt duit yang dia nak wat balik utk fam tu. 


Kadang aku pk, mungkin apa yg ada kat sekeliling aku tu, reflect dari diri sendiri. Kalau aku happy, danish happy bibik happy. Kalau aku marah2, bibik xhappy, and semua jahat n cela dia aku nampak. Kalau aku positif, mungkin aku nampak yg positif je. 

So aku ubah diri aku dulu lah. 

Aku mengalah, 
Untuk suami yang nak mencari rezeki.
Dan utk bibik yang nak mencari rezeki.

Sebab setiap orang, ada impian masing2 dalam hidup.

Me, i have my solution. I just need ears for my rants , a day. And i'll be okay again. Just that.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Ya da ya da"

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates