Danish - 2 years old
Pada 1 Nov lepas. Danish dah pon masok 2 tahun.
Taska
Sejak lepas pantang tu, danish kan masok taska baru. Taska tu mcm lagi banyak activity la compared to taska lama. Danish pon da pandai respon tu rhymes lompat si katak lompat ke apa. Kat umah main ipad tgk bideo lain kan. Hehe. Pastu balik taska penat la aku tunggu dia nak main mainan luar taska dulu. Bergado2 xnak balik nak main. Makan pon bagus baca doa reramai. Owner dia pon ada dip pendidikan kanak2 & degree psychology. N dia tampal la kursus first aid, pemakanan yg dia da pergi before bukak taska. So yakin la kan. Pagi & petang ada aktiviti. Pagi cam main air ke pasir ke kat luar. Ptg main mainan dlm umah. Tp pastu jerebu xtanya plak da restart balik benda2 tu.
Tapi xbestnya ada 10 kids yg 90% boys. Kalau taska lama tu umur2 dia sikit je. Xde pe nak digado. Yang ni aduyai seme umur lebih kurang. Da 2 kali balik ngan bekas gigitan. Danish dia kan mat provoke kan. Komfem la dia yg rebot barang org ke apa ke xnak ngalah ke apa. Dapat la gigitan. Pastu rini dia kena cakar. So dia plak balas gigitan. Haih belajar sesama sendiri ke apa ni. Pastu dia pon makin mengasar la budak ni. Tension plak aku kadang dia genggam daging2 aku yg xde daging ni. Da biasa bergado2 agaknye. Kasar dahh perangai nye. Ringan je tangan2 dia pukul org sejak2 masok taska yg baru ni. Haih you gain some you lose some. 😭
Makan
Makan cam biasa. Kat taska org tu kata makan banyak. Kat umah xde nye. Bukak mulut kecik je. Menyepah meja. Baling nasi kat muka aku ni ha. Menguji sgt makan ngan dia ni. So aku guna teknik spiderman makan lah baca doa 10 kali makan cite2 ngan dia pasal chicken, cow. Yg penting habiskan la nasik tu nak.
Adik
Perangai ngan adik tu masih sama je la. Kena perati la. Suka sangat terjon2 sana sini. Kang terkehel adik ko ni nish. Yang penting noah kenot tengok ipad dia. Rattle noah, pon dia rampas. Playgym pon sibok nak masok. Xleyh tinggal noah dlm nunaleaf. Dia suka terjun2 . Haih. Tapi sayang benornye la kat adik dia. Sarah nak merangkak dekat kat noah pon dia warn "nooo, ngann wat!" Kadang nak g toilet risau pk tggl dia ngan noah. Terngintai2 aku. Legaa tengok dia tgh usap2 kepala adik dia & kiss. Depan kita kaki la kat adik. Belakang sayang kot.
Aktiviti
Takde papa dia ni. Puas la mama tiap2 ari beraktiviti ngan nish. Weekend da beli kolam as activity dia. Malam2 dia suka main playdoh. Pengaruh ipad youtube yg wat askem pakai playdoh tu. So aku wat kan la. Sian excited dia, woww wowww. Bersinar2 mata. Ahhaha. Sok nak try bawak g gymboree plak. Kolam bagi main ahad je la. Biar berat sikit kepala dia tdo cepat. Ahhah. Nanti papa balik sibok ke sana sini da. Mama oncall lagi komfem makan 2 weekend. 2 weekend lagi belah papa & mama. Papa xde mama la kena layan anak mama yg makin besar ni.
Nenen
Aduiii. Bab nenen ni kadang angin gak aku. Dia paling over. Lebihhh dari adik. Klw nak nenen kan adik, kena nenen dia sekali. Sanggup dia benti susu botol or tggl ipad dia, sebab nak berjemaah nenen ngan noah. Kadang noahh xnenen pon dia yg nenen. Tdo noah xnangis pon nak nenen. Dia yg sik nangis nak nenen. Susu tgh banyak ni boleh lagi la bg enish. Ok gak xde la penoh nak kena pump. Klw da sikit xleyh la. Cuma naik emo bila dia nenen je. Xbest ok suction dia. Cam rimasss! Da laa! Ha.. Kiri kanan tau sape xhemoo klw setiap masa ada je. Tekanan mak.
Hehe. Panjang plak update pasal danish ni. Gambar cam malas plak nak masok blog. Nanti senang2 org google & save kan. Da la xkenal. Unless Ig or FB boleh control lagi kot. Kalau google to wide la gambar tersebar. Mcm xyah la. Blog hapdate ayat je la kan. Heee. Taata.
Hopefully esok berjalan lancar g gymboree tu. Su kena belajar berdikari. Anak da besar. Nak harapkan suami sentiasa, sampai bila xkemana2.
Nunite
0 Response to "Danish - 2 years old"
Post a Comment
♥ Thanx for dropping comment ♥