Baby Blues

Alhamdulillah. 1 Dec 2013, cukup sebulan aku bergelar mama kepada Muhammad Danish. Syukur kepada tuhan kerana Danish diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh ini. 

Sungguh, tidak mudah bergelar ibu. Aku hanya fokus pada saat pregnancy dan kelahiran. Selepas kelahiran aku fikir segalanya mudah. Selama ni, hanya diminta tolong sekejap-sekejap tengok kan baby kakak. Rasa macam mudah. Lagi-lagi tinggal di hospital, Baby nangis, tekan bell, minta staff nurse ambil, bagi susu (after susu badan tak keluar), staff nurse tukar pampers, mandi dan sebagainya. Aku hanya perlu fokus kepada diri sendiri, itu pun staff nurse yang jaga.

Tetapi sesampai di rumah, aku mula serabut dengan diri sendiri, dengan luka jahitan, sukarnya mandi untuk tidak membasahkan bahagian tersebut, husband main basahkan je badan ni, bila call hospital semula, kata jangan basahkan jahitan tu, nanti bernanah, dah menangis aku risau. Risau. Aku ni memang jenis risau. Macam-macam bermain tentang luka ni, bernanah dan dijahit semula, jika tidak dijaga dengan betul. 

Susu pula, tidak keluar-keluar, keluar setitik berasa syukur, mendapatkan 1 oz lebih dari syukur. Beriya untuk tidak memberi botol kepada Danish, tetapi hanya staff nurse sahaja yang menyusukan Danish menggunakan cup, mama, orang lama, merasakan leceh, meminta membeli botol, memudahkan dia menjaga dan tidak perlu risau baby tersedak. Hancur hati setiap kali Danish disusukan dengan botol. Apakan daya, nak memudahkan orang lain. Berdoa dalam hati, Danish tak keliru dan masih pandai menyusu badan. Susu badan yang sikit tak mampu mengenyangkan Danish. Masa diurut dan ditungku dada, susu tak meleleh keluar, tak banyak susu kata tukang urut. Tapi Alhamdulillah, Tuhan tingkatkan rezeki susu, hari demi hari. Hanya perlu bersabar, walau tak semeriah orang lain, yang penting usaha, cepat atau lambat.

Kaki pula sembab air (edema), lebih teruk dari masa pregnant, siapa tak risau. Tapi itu normal selagi tekanan darah normal dan tiada sakit di betis. Tapi Jururawat Masyarakat (JM) yang terlebih skill tu, telah mengambil BP aku disaat aku tengah mengurut dan kebetulan memang tak cukup tidur. BP 150/80 kot. Terus call doctor dia " patient post-caesar hari ke 8, BP 150/80,  edema ++". Maka disuruh aku jumpa doktor minggu depannya. Tapi  hari sebelum jumpa doctor, JM tu repeat BP, normal, air kencing normal. So aku minta untuk tak jumpa doc. Dalam hati aku " kau bahalol aku tengah urut kau amek BP buat apa". Dah tambah masalah runsing aku tak pasal-pasal.

Dari awal bawak Danish balik rumah, seminggu aku baby blues, sikit-sikit menangis, untuk semua perkara yang aku runsingkan disebabkan pergolakan hormon dan emosi ni. rasa macam orang kurang upaya, sedih, tak dapat menjaga baby, sebab diri sendiri pun sakit, sakit bahagian rahim, edema 10 hari. Risau baby, risau diri sendiri. Rasa macam useless mother, bila baby nangis, tak boleh pergi angkat dia, sebab sakit, kena biar orang angkat kan, bagi kat kita, sedut-sedut, tak keluar susu, so apa je sumbangan aku kat baby ni. Lagi-lagi dengan masalah susu, dengan teringin nya aku nak Danish minum susu aku sampai kenyang, botol susu ibarat musuh aku. Bilirubin reading (Jaundice) Danish pada hari ke-4 adalah 9.7, JM minta repeat sebab hari ke 4,5,6 adalah hari bacaan akan meninggi. Kalau bawah 10 tak perlu repeat. Dinasihatkan menyusu baby setiap 1 jam. Susu da la sangkut, memang seterusnya reading Danish meningkat ke 10+, 11+, tapi bila susu da start keluar, alhamdulillah dia menurun ke 10, dan kemudian nya 9. Huh. Tapi setiap kali meningkat tu memang la menangis aku ni. Sampai mama risau aku dapat meroyan. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya control, and masalah-masalah yang aku runsingkan selesai dalam seminggu lebih.

Walaubagaimana susah dengan konflik remeh yang disukarkan dengan pergolakan hormon, ditambah dengan sifat semulajadi pessimist, aku berjaya mengharunginya, dengan semangat dan sokongan dari Mama, Husband dan bestfriend, terutamanya. Alhamdulillah & terima kasih.

 Bila tidur dengan mama & Danish, betapa susah & grumpy nya aku nak melayan Danish yang meragam ditengah malam, tapi bila tengok mama pelok Danish sambil tutup mata sebab ngantuk dah 4 pagi, aku terdetik, mama dah membesarkan kami 6 beradik, betapa sabar nya mama, kalau aku da terima layanan yang cukup baik, ikhlas, penuh kasih sayang dari mama aku sendiri, kenapa tidak Danish? I wanna be like my mama. Danish will have that kind of mama. I should stop acting like baby when i have one. Be a good mama, Suhaida.

 Happy 1 month old, my baby boy. Mama & Papa love you so much.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Baby Blues"

  1. lily lotus says:
    December 19, 2013 at 4:53 PM

    comelnya your baby. anyway selamat habiskan pantang. dah merdeka nanti boleh enjoy balik!

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates