Dugaan

Haluu. Kopi ke milo?~

Sebenarnya nak sambung tidur. Danish nye pattern sekarang bangun pukul 4 pagi, kol 10 pagi sambung tido balik semula. So pagi i kena follow the pattern lah. Hehe.

Actually, kelmarin malam, tukar style lah konon pumping, buat tandem pumping, danish sebelah, pump sebelah, pastu yg mana danish isap xhabes tu xpulak la aku pump sedut sisa2 tu. Pastu nak tido tak pump, konon nak simpan untuk Danish malam nanti, so senang, susu banyak, cepat habis dia isap. Sekali kol 3 pagi, terpaksa la bangun sebab rasa bawah lengan mak aihh bengkak semacam, gi pump jap, pastu danish bangun , hantar dia gi bilik mama kata ida rasa bengkak lah, ingat biasa je, mama kata nak bengkak susu. Em ok. So tidur balik. Sekali bangun, mak aih sejuk nye, nafas laju je, rasa nak menggigil, mama da tau agaknye aku akan demam, sebab masa aku kuar bilik kol 8 mama ada tengah menyapu tak gi kerja. So makan la panadol, minom milo. Tuam2 pakai botol. Dapnye rasa. Ok kebah jap la. Pump dapat gak 4 oz dalam bengkak tu. Either nipple pore yang block or duct blockage. Tapi rasanya duct blockage sbb start pump susu keluar je kat mana2 pore. Pastu tiba-tiba meleleh kat 1 lubang je. Tak sampai seminit ok. Pastu gi Klinik, Doc bagi Panadol, painkiller, antibiotic, surut bengkak. Mama soh gak jumpa doctor takot penyakit lain kata nye. Cerita pulak jiran lorong belakang, dapat cancer masa menyusu anak lah. Sangat membantu, mama. Pump seterusnya kuar 1 oz je. Tensi mak. Belah kiri 4oz belah kanan 1 oz. Pagi tadi ubat habis action, datang balik gigil tu, ni sihat walafiat la ada ubat. Tapi mama da tak de cuti, mama mintak kawan mama yang tolong babysit Danish, (habes tolong jadi babysitter last week) datang jaga arini. Selagi tak sampai, selagi tu tak boleh pump & tuam dok melayan Mat Danish yang nak kena peluk & dukung je. Manja sangat. Sejak2 ni terus punctual pump every 3-4 hours. Danish plak soh isap ala lembut nye isap, siap tidor-tidor mungkin sebab tak keluar ke apa, tukar belah kiri bulat mata dia menelan-nelan susu. Hopefully, cepat la baik. Tapi susah nak mengepam ni, ada baby, dari 15 min pump jadi 1 jam, nak layan dia susu, layan dukung, layan nangis. Tu yang kadang rasa cam malas nak pump ni, rasa cam ada 2 baby nak dilayan. 


Day 2, 2pm: After urut, naik sikit je, tapi ada improvement lah. Nak kena try kobis. Biji angin katanya.

Day 2, 7pm : Further Improvement, sambil pump sambil tuam ngan botol panas.


Pastu check Danish sekali kat Klinik, dulu check ruam dia, tak de lagi kat lipatan2 kat lengan and kaki, now da ada, ruam kat muka tiba2 naik semula semalam, ruam dia on & off ikot environment, pastu tukar-tukar tempat, baru nak risau pasal eyeshadow dia, datang balik , da xde. Tapi nak mintak gak la doc ubat since semalam ruam dia naik semula kat muka. takot la dia bercantum kang jadi ruam susu lagi. NO no No. Selisih. Doc kata eczema. Doc bagi sabun sebamed, after ezzera haritu, now tambah cream hydrocortisone, untuk bahagian yang merah-merah, baju tak yah basuh sabun, celup celup air, last sekali softener je. Eczema. Hmmm , thats the last thing i wanna hear. I know how stressful parents yang jaga anak eczema. Macam nak nangis dalam kereta. Tapi lama-lama lupa nak nangis, bergenang je la. Tak pe Danish, mama & papa ada. Kita lalu sama-sama k. Walau xleyh cure, kita cuba control if its the only choice. Sian anak mama. Jadi mak ni, mengajar aku lebih kuat & redha dengan ujian Allah, kalau dulu cepat melatah, nak perfect nak sihatt je, nak ikot apa yang aku nak je, macam xleyh nak uji2 ni. Merungut je. Now kena lalu lah. Since nampaknye makin banyak ujian. Bukan senang nak jadi mak kan? My life is totally different, its no more about me, but responsibility & challenges. Tougher. Tak sama sangat ngan life before this. Macam budak tadika, masok alam pekerjaan gitu. Everyday, face, learn, feel new thing.


Will do anything for you. Orang urut ingat dia 5 bulan. Semangat.


Bila semalam all out, menangis gak aku before tidor, pk bestnya kalau ada husband kat rumah, tak lah kelam kabut sangat, settle buat kerja semua dalam pukul 2 pagi. Tengah nak basuh botol pump, danish da nangis, nak buat ni, danish da nangis, macamana la nak dok berdua je ngan danish kat kajang nanti. lagi- lagi demam, sepatutnya rest, tapi bila ada baby, terasa pengorbanan seorang mak gitew, kehulu hilir layan anak walaupun diri tak sihat. Rasa cam rajin je aku mendokong jaga anak kakak dulu, adik aku laki ni, hancos, suruh dukung komfem Danish nangis sampai ilang suara, yelah, dukung static dok cakap-cakap ngan baby, mana budak tu paham, kena la bawak tawaf rumah. " Ida, dia memang tak nak ayed la" sambil pegang dok tempat yang sama, tengok TV kan. Skill tak de ok. Ayah pun sama, suka main dari jauh je, suruh pegang tak sampai seminit da suruh ambik. Mama, banyak kerja lain nak buat, last-last diri sendiri jugak. Kan? Tu la i ni kadang-kadang terpikir husband o husband, boleh ke saya nak jaga Danish sorang-sorang ni, kat rumah mama yang mama da bantu jaga makan minom pon kelam kabut, da tolong tidur kan baby, gilir pegang baby, nanti tak de siapa. Saya jadi apa agaknye kat rumah ngan Danish. I really think that i need maid, i cant do it by myself. :( Easier said than done. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

7 Response to "Dugaan"

  1. Suliana says:
    December 31, 2013 at 10:56 AM

    meh sini mak teh jaga danish :-) ramai dayang dan pahlawan nak tengok-tengokkan danish. hehe

  2. Norwahyuni Abdullah (yuki yong) says:
    December 31, 2013 at 11:35 AM

    comel Nye baby Danish nie... geram Nye rse... hehehe...Semoga sihat saja ye Danish dan menjadi anak yg soleh bila dah dewasa kelak... Berbakti kpd kedua org tua kamu... Amin...

  3. MyzaAli Al-Jamalullail says:
    December 31, 2013 at 2:52 PM

    hi dear comelnya danish.. i dlu baby pun ruam teruk, lps tu pkai sebamed facial lotion.. a week jgk terus hilang.. alhmdlh risau jgk klo eczema..

  4. suhaida shukor says:
    December 31, 2013 at 2:55 PM

    Suliana : yee. Ada mek aisyah tolong jadi mama kan? Komfem berangan. haha.

  5. suhaida shukor says:
    December 31, 2013 at 2:57 PM

    Yuni : InsyaAllah, amin. Yuni goodluck yer

  6. suhaida shukor says:
    December 31, 2013 at 2:58 PM

    MyzaAli : Yeke, nak kena beli & try ni.

  7. azie says:
    December 31, 2013 at 6:01 PM

    baru prasan blog ni.. hehe... anyway, sabar eah... mmg totally berubah life kite bile jadik ibu.. Jgn stress2,Danish dah nmpk muke cam mama,cam org puteh gitu...

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates