Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Danish

Sabtu lepas, 14/12/2013, genaplah 44 hari aku berpantang, maka disambut dengan cukur jambul dan aqiqah Muhammad Danish. Em aqiqah 1 ekor kambing je dulu. Oko kata lagi 1 ekor tunggu join sape-sape punya majlis kat Subang, al maklumlah family dia besar gaban, dalam sebulan tu 4 baby lahir termasuk Danish.

Haritu disekalikan dengan birthday Aisyah 7/12, Aqil bulan 1, daddy 16/12. Heh so, 3 birthday lah haritu. Tapi mak ida ni berpantang, kalau tak berpantang, aisyah dah dapat hadiah dah, nanti lah kalau mak ida dah keluar nanti, mak ida beli ok, atok pon sama. Kalau Toys R Us tu boleh beli online, seronok kan? Atok pulak i da kata nak beli kat JPO, apa lah yang dia nak pau aku tu. LOL. Yang penting, atok tak bagi hadiah Danish lagi, atok da agree nak belikan car seat maxi cosi opal untuk Danish before balik KL kan. I tunggu, cam biasa perangai menuntut i ni tak hilang dan sebati lagi dari azali. LOL.



Yang ini gambar selepas berakhirnya kejadian huru hara semua perempuan bersiap. Yang kesiannya, si GG tu, kak long panggil betolkan tudung, aku panggil jaga kan Danish, danish tukar-tukar bilik. Serabot aku. sebab muka dia tu beruam, kalau nanges nak dekat-dekat cukur jambul tu, habis lah semua line merah dia keluar. Kata lepas isyak, pukul 8 orang da sampai, terlebih punctual pulak, aku pulak baru habis susu Danish, kelam kabut bersiap, dengan pin tudung pun tak de. last-last sekali pakai pin jahit kak teh je. Masa bergambar ni pon, Danish tengah menyusu lagi.


Tak tau apa nak buat, nak gi mana dulu ni ma??

Cik som baca doa, merenjis habiss tudung kelopak mata aku putih-putih kena air bedak.

Rambot Danish dipotong.
Yang menggunting rambut sikit je, yang lain kiss, hulur duit, suap madu, hadoi orang suap madu pakai jari kelingking, ada yang suap pakai sudu, meleleh-leleh madu kat dagu danish, kat baju yang putih tu. comot baby I.

Turn papa.
Ni papa Danish, yang sangat sayang Danish ni. Tak nak lepas kan peluang, gunting rambot, suap madu.




Ni kakak-kakak oko, dari Subang, datang untuk Danish. Kira ni first time tgk Danish lah hari diorang datang ni.

Esok harinya, hari Danish kena cukur rambut dengan papa. Papa dia tu, apa pon untuk Danish, dia tak nak lepaskan peluang, cukur pon dia cukur sendiri, mama ngan ayah pon tak berani sampai sekarang. Pilih timing dia tido lah, kalau terbangun tu tepok tepok atau tunggu dia tidur semula. Susah jugak cukur rambot baby, sebab halus, blade tak makan, tapi bila da dapat arah yang betol, laju je.

SEBELUM



SELEPAS



Banyak betol kulit kepala Danish ni, masa nak cukur, kelmumur yang berterabur, pastu da letak baby oil, sikat pakai berus kepala baby tu, licin lah. Makin botak makin comel anak mama ni, nampak semangat je.

Oh, Goodie bag i bagi choc moist yang comel dengan ladybird dalam tu, dan creampuff polkadot and ladybird jugak,Mak unggal buat kan, and bagi mathurat share ngan mama, nak jugak bahagian pahalanye. ngehngeh. Tak de gambar la, sebab mama dia tak de masa nak amek gamba time ni, harapkan gambar dari phone orang je. Thanks Mak unggal buat dengan penuh kasih sayang tu untuk Danish, baju Danish yang comel haritu pun hadiah Mak Unggal jugak.

Walaupun dah habis pantang, mama tak bagi saya makan apa-apa yan gatal as seafood, buah rambutan takot batok, belacan. Sebab saya allergy, takot Danish pon sama, muka dia tu pas ilang ruam sini, naik tempat lain pulak, sapu ezzera manjang kat muka dia. Kalau panas, or dia mengerang, menangis, habis lah semua ruam-ruam bawah muka naik, kalau dia tidor, sejuk tak delah. Yang ruam susu tu dah ilang. Alhamdulillah. Tapi ruam lain ada je kuar sana sini kat muka dia, now bawah both mata. Tapi tak seteruk masa dia mula-mula kena masa masuk 1 bulan. sekali ruam susu naik, 1 hari je zaaappp kat bahagian sideburn smpai kepala, pastu start merebak kat muka, tym tu xleyh control dah, letak ergozite smpai kering, moogoo pulak lembab, seminggu tak jalan gi jumpa doc, bagi ezzera, alhamdullilah dengan izin Allah, memang surut, dia jadi halus-halus balik, jarak-jarak and gone. Now memang pas susu je, terus lap muka, tekanan aku 2 minggu ngan ruam susu tu. Tak nak lagi dah. Tapi doc kata bukan ruam sebab susu, memang benda nak jadi, and kulit dia memang sensitif to environment. So, sape yang busuk-busuk nak ciom dia tu, ngan baju kerja tak tukar nak pelok-pelok Danish, memang terkias-kias aku nak cakap soh basuh tangan kaki segala.

Mama doakan, kulit Danish akan kurang sensitif and allergy ye. Aku ni, ruam je pon da sakit jiwa. Mama kata tu bukan ujian untuk Danish, tapi ujian untuk mak dia. Tapi bila letak ubat makin naik, sape tak tekanan, macam give up nak doa, mama kata tuhan rindu nak dengar ida meminta-minta kat dia, pergi la berdoa lagi, tuhan tak suka orang yang berputus asa. Pastu kita tak boleh puji sesuatu ubat tu bagus, cam aku puji moogoo bagus pas baca review orang, terus tak jalan kat Danish, yang orang kata tak berkesan tu lah berkesan kat Danish, so masa sapu tu aku cakap, pinjamkan sifat penyembuhMu kepada cream ini. Alhamdulillah doa, usaha, kulit dia progressing well. sikit-sikit tu ikut suhu lah.

Ok lah, jauh pulak sampai ke pipi Danish aku membebel. Ok bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Danish"

  1. Unknown says:
    December 31, 2013 at 10:52 AM

    Ibu kene jaga makan. jgn minum susu. apa2 yg ada susu dan telur. semua 3 in 1 pun x boleh mcm milo, nescafe, kek, biskut, kacang tanah, air soya, kicap, tahu, tofu, udang kering, seafood dan lain2. Anak sy pun eczema juga. tapi dah baik. cuma sapu ubat bila naik balik dlm 2 hari dh hilang. kalau naik kat ank bermakna ibu ada salah makan. - nana kawan kak su :)

  2. suhaida shukor says:
    December 31, 2013 at 10:55 AM

    Banyak nye tak boleh makan. Hehe. Teruk tak eczema dia. Umur berapa baru hilang? Mencabar tak nak jaga.?

Post a Comment

♥ Thanx for dropping comment ♥

Copyright 2009 suhaida's petty blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates